Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Malaysia Jalin Hubungan Seimbang...

SINGAPURA - Malaysia menjalin hubungan yang seimbang dengan China dan Amerika Syarikat, kata...

Samsung Perkenalkan Galaxy On5...

PADA tahun ini, Samsung mengatakan permintaan untuk peranti berspesifikasi pertengahan dilihat agak tinggi...

Cara Ini Pasti Membantu...

Kepada akak-akak atau abang-abang yang suka memasak kuih atau kek, pasti masalah mengasingkan...

Bagilah Harta Atau Kemewahan…...

KUALA LUMPUR - Pelakon Siti Elizad memberitahu dia juga seperti wanita lain yang...

Underwater World Singapore Ditutup Selama-lamanya

SINGAPURA – Pusat tarikan terkenal di Singapura, Underwater World Singapore (UWS) ditutup secara rasmi pada 26 Jun selepas beroperasi selama 25 tahun, menurut laporan stesen tempatan, Channel NewsAsia.

Orang ramai termasuk pelancong asing tidak melepaskan peluang untuk melihat ribuan ekor ikan serta hidupan laut di pusat tersebut yang terletak di Pulau Sentosa sebelum pintunya mula ditutup buat selama-lamanya.

Pulau peranginan popular itu turut menempatkan Resort World Sentosa dan taman tema antarabangsa Universal Studio Singapore selain 14 buah hotel, dua padang golf dan pantai berpasir sepanjang dua kilometer.

Media melaporkan, belum lagi dapat dipastikan ke mana makhluk akuatik akan dipindahkan kelak, namun ada laporan menyatakan ia bakal dibawa pula ke taman air Chimelong Ocean Kingdom di Zhuhai, China.

Pengendalinya, Haw Par Corporation, mempunyai masa kira-kira dua tahun lalu mencari tempat baharu untuk menempatkan kesemua ikan dan hidupan laut itu sebelum tempoh sewanya berakhir pada Ahad lalu.

Underwater World Singapore Ditutup Selama-lamanya

Buat sementara waktu, kesemua hidupan air tersebut akan terus berada di sini. Seramai 10 pekerja akan terus mengurus dan menyenggara sistem sokongan hayat akuarium itu serta menjaga haiwan-haiwan di dalamnya.


UWS yang dibuka pada 13 Mei 1991 di kawasan seluas 28 hektar, mengandungi kira-kira 2,500 ekor haiwan marin daripada 250 spesies dengan tarikan utama laluan bergerak sepanjang 83 meter melalui terowong akuarium.

Penutupan UWS dijangka menyaksikan para peminat hidupan air di rantau Asia tenggara terpaksa beralih kepada Aquaria KLCC di Kuala Lumpur, Malaysia yang kini menempatkan lebih 5,000 ekor daripada 250 spesies.

Terletak dalam kawasan seluas 5,600 meter persegi, ia turut memiliki terowong akuarium sepanjang 90 meter dan menjadi antara tarikan utama para pelawat ke Menara Berkembar Petronas. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori