Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Rela Siasat Pendaftaran Keanggotaan

KUALA LUMPUR - Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menjalankan...

Jangan Biarkan Diri Dikuasai...

KOTA BELUD - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Orb Solutions Terima RM2...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini didedahkan tentang bayaran khas...

Polis Pasir Mas Lupus...

PASIR MAS - Polis melupuskan pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM125,000...

Untung Meniaga Baju Raya, Cukup Belanja Setahun – Mawi

SEMPENA kedatangan bulan Syawal tidak lama lagi, ramai selebriti mengambil kesempatan menambah duit poket dengan berniaga.

Antara yang tidak terkecuali ialah penyanyi Mawi dan isterinya, Ekin yang memilih untuk meniaga baju raya menerusi label jenama mereka iaitu UneQuien.

Menurut Mawi atau nama sebenarnya, Aswami Ani, 35, perniagaan baju raya mereka sangat laris sehinggakan mampu menampung perbelanjaan keluarganya selama setahun.

Untung Meniaga Baju Raya, Cukup Belanja Setahun - Mawi

UneQuein kini ada dua cawangan iaitu di Kilang Bateri, Johor Bahru dan Bangi Sentral, Selangor. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

“Keuntungan yang UneQuein perolehi bolehlah untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga selama setahun.


“Saya dah berniaga di bulan Ramadan sejak dua tiga tahun yang lalu dan tidak dinafikan rezeki Ramadan ni lain.

“Semua peniaga yang menjalankan perniagaan seperti saya juga akan rasa perkara yang sama. Selepas raya nanti, keuntungan tak sama macam bulan Ramadan,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam perkembangan lain, Mawi bakal muncul dengan sebuah lagu raya yang berjudul Bulan Raya bergandingan dengan penyanyi rap, Daly dan Zila AF4. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mawi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori