SEORANG wanita di China menghadapi saat menggetirkan apabila ‘disumbat’ secara paksa ke dalam but kereta oleh seorang lelaki dalam kejadian di daerah Heibei, baru-baru ini.
Menurut laporan The Beijing Times, lelaki berkenaan yang dipercayai suami kepada wanita terbabit dikatakan berang setelah mendapat tahu isterinya itu bermain kayu tiga di belakangnya.
Menerusi visual, wanita malang itu dilihat berhempas pulas bergelut namun tidak terlawan dengan kudrat lelaki yang memukul serta menamparnya berkali-kali.
Biarpun perakam video kejadian menyergah lelaki berkenaan dan menyuruhnya berhenti tetapi amat menyedihkan apabila tiada seorang pun yang datang membantu wanita malang berkenaan.
Lelaki terbabit kemudian menghempas but keretanya lalu terus memecut laju membawa wanita itu pergi dari stesen minyak tersebut.
Penolong Ketua Wilayah Biro Keselamatan Awam Hebei berkata, pihak polis segera mengambil langkah pantas menjejak kenderaan suspek dan tidak berapa lama kemudian berjaya menemuinya Canghzhou.
Bagaimanapun, mangsa enggan melaporkan perbuatan kasar suaminya itu sebaliknya memberitahu pihak polis, mahu memperbaiki hubungan mereka dan kejadian itu berlaku disebabkan kes curang.
Selain mengutuk perbuatan si suami, ramai netizen meluahkan rasa terkejut melihat cara lelaki China memperlakukan isteri mereka.
“Wanita di China ibarat hamba, lelaki itu menamparnya dengan kuat dan orang ramai hanya melihat saja. Biarpun wanita itu isterinya bolehkah dilayan sebegitu rupa?” soal seorang netizen. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Shanghaiist