DASAR perangai syaitan! Seorang lelaki warga China kini menjadi buruan rakyat negara itu selepas videonya membaling dua anak kucing hingga mati di tersebar menjadi viral di laman sosial.
Kejadian itu dikatakan dirakam menerusi rakaman CCTV di sebuah taman dalam kawasan apartmen di Shanghai.
Menerusi video tersebut, lelaki yang berpakaian kemeja berwarna biru itu pada awalnya dilihat cuba ‘memancing’ dua ekor anak kucing itu menghampiri ke arahnya dengan memberi makanan.
Bagaimanapun, tatkala anak-anak kucing itu sedang makan, lelaki berkenaan tiba-tiba menangkap mereka sebelum membaling kedua si comel sekuat mungkin hingga mati.
Lelaki yang berusia pertengahan usia itu kemudian dilihat segera pergi dari lokasi berkenaan dan berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Video tersebut sekali gus mengundang amarah ramai yang mengharap lelaki itu dikenakan hukuman undang-undang.
Sementara itu, video tersebut turut diperhatikan oleh pegawai keselamatan apartmen berkenaan yang turut berjanji akan mencari lelaki tersebut.
Malah, beberapa netizen China turut mendakwa lelaki kejam itu merupakan seorang guru tuisyen mata pelajaran bahasa Inggeris.
Pun begitu, polis masih belum mengesahkan identiti lelaki itu. – MYNEWSHUB.CC