Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Watson Nyambek Nafi Laporan...

MIRI - Bekas jaguh pecut negara Watson Nyambek hari ini menafikan laporan yang...

Warga Thailand 2 Maut,...

KUANTAN - Dua warga Thailand maut manakala dua lagi parah selepas sebuah van...

Banjir Terengganu Pulih Sepenuhnya...

KUALA TERENGGANU : Banjir gelombang kelima yang melanda negeri ini sejak sembilan hari...

Dr Anantham Somasundaram Dilantik...

KUALA LUMPUR : Ahli Jawatankuasa Pusat MIC, Datuk Dr Anantham Somasundaram dilantik sebagai...

Video: Lelaki Jatuhkan Kamera Mahal Harga Lebih RM300K

VIDEO seorang lelaki secara tidak sengaja merosakkan kamera berharga USD70,000 (RM284,462.50) di ekspo Cine Gear, Los Angeles menjadi viral di laman sosial.

Menurut laman Facebook Video&Filmmaker, kejadian berlaku ketika lelaki berbangsa Israel tersebut cuba melakukan demonstrasi menguji kekuatan dan kestabilan sebuah ‘stabilizer’ kamera.

Selepas meletakkan kamera ARRI Alexa XT pada ‘stabilizer arm’ dia melepaskan tangannya menyebabkan alatan itu patah, manakala kamera mahal di atasnya ikut terhempas.

Harga kamera tersebut boleh mencecah sehingga USD100,000 (RM406,475.00) bergantung kepada keperluan seseorang jurukamera.

alexaxtplus
ARRI Alexa XT yang harganya tidak ‘mampu’ milik.

Kejadian berkenaan menyebabkan netizen terutama dalam kalangan jurukamera meluahkan rasa terkilan mereka terhadap tindakan lelaki tersebut melepaskan tangan hingga merosakkan peralatan yang begitu berharga.


“Aduh, tak mampu saya tonton video ini lagi,” kata Culver di laman Giphy.

“Kenapa anda perlu melepaskan tangan? Terlalu banyak tekanan ke atas stabilizer arm. Mestilah ia patah!” komen Merkel Garcia.

“Kasihan kamera itu. Habislah..” luah Alan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori