SALAH seorang daripada mangsa tembakan rambang di Orlando sempat merakam detik terakhir yang dihantar kepada rakannya ketika serangan di sebuah kelab malam di Florida pada Ahad.
Amanda Alvear, 25, ketika kejadian difahamkan sedang berbalas mesej dengan sahabatnya, Stichs, kira-kira pada jam 2.35 pagi melalui aplikasi Snapchat .
Amanda sempat menunjukan reaksi orang ramai yang berada di kelab berkenaan dan turut memaklumkan kemeriah pesta LGBT yang dihadirinya pada malam itu.
Namun, pada video terakhirnya kedengaran beberapa bunyi das tembakan yang mana pada mulanya dianggap bunyi letupan mercun oleh Amanda.
Amanda dilihat seakan tercampak dan mesej perbualan mereka berakhir dengan tiada sebarang respon daripadanya seperti yang diberitahu Stichs.
“Saya terus cuba menghubungi dan menghantar mesej secara berterusan kepadanya namun dia tidak membalas mahupun membaca mesej itu,” tulis Stuchs yang berkongsikan video terakhir Amanda.
Rakan Amanda, Mercedez Florez, 26 yang berada berhampiran dengan mangsa turut dilaporkan terkorban setelah terkena das tembakan rambang itu.
Insiden serangan ini membunuh kira-kira 50 orang dan mencederakan lebih 53 orang, sekali gus menjadikannya kes tembakan paling terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat.
Suspek serangan, Omar Mateen, 29 ditembak mati oleh polis Orlando selepas berbalas tembakan dengannya dalam kejadian pada awal pagi itu. -MYNEWSHUB.CC