SAINGAN sengit dunia perniagaan pada hari ini, membuatkan strategi pemasaran terbaik diperlukan untuk mencuri perhatian masyarakat biarpun ianya terpaksa diada-adakan.
Itulah pendapat kebanyakan netizen terhadap video yang kini viral, memaparkan dua wanita berebut produk D’Herbs ketika jualan gudangnya baru-baru ini.
Gara-gara bengang dengan rakan yang berebut dengannya, salah seorang wanita dalam rakaman terbabit digambarkan merajuk hingga terpaksa dipujuk Dato’ Aliff Syukri sendiri, malah beliau rela memberikan produk yang direbutkan itu secara percuma sahaja.
Selain tanggapan umum yang sudah terbiasa dengan kontroversi setiap kali syarikat melibatkan produk kecantikan atau fesyen buat jualan gudang, seorang pelajar UiTM Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) dikatakan turut ter’pecah lobang’ di Facebook apabila mengakui dua wanita dalam rakaman itu adalah seniornya yang dikenali sebagai Kak Rosmi dan Kak Siti Mai.
Walaupun diketahui pelajar FiTA sememangnya boleh berlakon dengan baik namun, tidaklah mustahil jua jika mereka sememangnya pengguna tegar produk D’Herbs yang inginkan penjimatan membeli produk pada harga murah tanpa GST bukan?
Apa-apa pun khas buat mereka yang belum menonton rakaman viral pelanggan berebut produk di jualan gudang D’Herbs bolehlah tonton video di bawah.
Ramai juga yang memuji cara Dato’ Aliff yang disifatkan cool dan relaks je menghadapi kerenah dua wanita tersebut.. saksikan. – MYNEWSHUB.CC