SUKAN berakit yang menjadi aktiviti tarikan penduduk warga China kini menyaksikan sekumpulan wanita mula dilatih sebagai anggota penyelamat.
Kesemua calon tersebut bagaimanapun perlu menjalani latihan sengit dengan bimbingan beberapa sami dan mereka hanya memakai bikini.
Menerusi laman Stomp, tersebar beberapa foto aksi-aksi wanita itu sedang berlatih seni mempertahankan diri di Gulongxia Rafting, selatan China.
Sejumlah 30 orang wanita menghadiri latihan tersebut. Mereka perlu belajar seni mempertahankan diri daripada sami-sami Shaolin selama seminggu sebelum layak bergelar penyelamat.
Di samping itu, mereka juga perlu memahirkan diri dalam gusti air dan dua jenis kungfu bagi melayakkan mereka diambil bekerja oleh sesebuah syarikat.
Latihan tersebutĆāĆĀ diadakan bertujuan untuk memantapkan fizikal dan melatih mereka supaya mampuĆāĆĀ berdepan dengan pelbagai cabaran semasa melakukan aktiviti lasak itu.
Menurut laman TouTiau,ĆāĆĀ setelah bergelar penyelamat, merekaĆāĆĀ akan bertindak sebagai peneman dalam membantu pelancong atau pelawat solo melakukan aktiviti sukan berkayak serta memastikan keselamatan. – MYNEWSHUB.CC