Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Mahu Pulang Kampung...

Bangladesh – Kekecohan meletus di sebuah stesen keretapi Lapangan Terbang di Dhaka selepas...

KPM Siasat Dakwaan Guru...

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menjalankan siasatan awal bagi mendapatkan kesahihan maklumat berkaitan dakwaan...

Jangan Lapor Berita Jahil,...

KANGAR - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyaran pengamal media agar...

Rakyat Palestin Lancar Protes...

BAITULMUQADDIS – Beratus-ratus penduduk Palestin me­ngadakan protes di pos-pos pemeriksaan Israel menghala ke...

Muka Dihitamkan, Kepala Dibotak Sebab Kahwin Lari

LAHORE – Seorang wanita berusia 23 tahun diarak di jalan raya dengan wajahnya dihitamkan dan kepala dibotakkan oleh keluarganya kerana berkahwin lari dengan seorang lelaki, dalam kes terbaru siri jenayah ‘bermaruah’ di wilayah Punjab di Pakistan.

Laporan berkata, wanita itu yang didakwa berkahwin lari dengan seorang lelaki kampung berhampiran, kembali ke rumahnya seminggu kemudian.

Sebaik kembali, anggota keluarga termasuk bapa, suami dan ibu tirinya dilaporkan mendera beliau secara diam dan kemudian membawa mangsa mengadap perhimpunan ketua kampung yang mengumumkan hukuman kerana jenayah memalukan keluarga.

Pegawai kanan polis, Ehsan Sadiq, memberitahu wartawan aduan sudah difailkan terhadap 10 anggota keluarga wanita itu dan anggota perhimpunan ketua puak serta menangkap bapa dan ibu tiri mangsa.

Katanya, polis akan menangkap saki baki suspek tidak lama lagi dan menamatkan siasatan dalam masa terdekat.


Punjab digegarkan dengan jenayah berkaitan maruah, termasuk pembunuhan, sejak kebelakangan ini.

Dua wanita hamil dibunuh kejam oleh ibu bapa sendiri minggu lalu kerana berkahwin tanpa kebenaran keluarga. – AGENSI/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori