Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Geram Punya Pasal, Pekerja...

BERANG sering dimarahi majikan, seorang pekerja kedai runcit bertindak di luar dugaan apabila...

Kastam Rampas 4,624 Gading...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam merampas 4,624 unit gading gajah melalui 11 kes...

Surat Ditulis Biarawati Dirasuk...

SELEPAS lebih 300 tahun, barulah sekeping surat yang ditulis oleh seorang biarawati yang...

[TIDAK RASMI] Reezal Merican...

KEPALA BATAS : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), masih lagi...

Wanita Indonesia Tetap Ke Asia Barat Jadi Amah

JAKARTA – Wanita Indonesia melanggar larangan kerajaan ke Asia Barat untuk bekerja sebagai pembantu rumah kerana yakin dengan prospek lebih baik di Teluk berbanding negara sendiri walaupun terdapat kes penderaan berprofil tinggi, lapor satu kajian semalam.

Pada Mei tahun lalu, Indonesia mengumumkan larangan menghantar pekerja wanita ke Asia Barat sebagai pembantu rumah berikutan laporan penderaan meluas dan hukuman bunuh ke atas dua pembantu rumah Indonesia di Arab Saudi yang menimbulkan kemarahan Jakarta.

Bagaimanapun, kajian yang dijalankan kumpulan penyokong Migrant Care mendapati beratus-ratus wanita Indonesia masih meninggalkan negara itu untuk mencari pekerjaan di Asia Barat.

Seramai 1,020 wanita yang ditemuramah antara Mac 2015 dan Mei 2016 di lapangan terbang utama di Jakarta berkata mereka ke luar negara buat pertama kali untuk mencari pekerjaan sebagai pembantu rumah.

Kajian menunjukkan kira-kira 90 peratus daripada mereka menuju ke Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Oman, Qatar dan Kuwait.

Sebahagian lagi ke Malaysia, yang tidak terbabit dengan larangan itu. Kata Pengarah Eksekutif Migrant Care, Anis Hidayah, ketika ditemui di forum bersempena sambutan Hari Pembantu Rumah Antarabangsa, berkata ia adalah jumlah yang sangat tinggi.


Moratorium hanya wujud di atas kertas.”Di Indonesia, kami punya peluang pekerjaan yang terhad. Pergi di luar negara adalah salah satu alternatif, terutama bagi wanita, kerana gaji di sini yang begitu rendah,” katanya kepada Yayasan Thomson Reuters.

Pegawai kanan di Kementerian Luar, Andri Hadi berkata pihak berkuasa akan bertindak untuk menghentikan wanita ini daripada melanggar larangan berkenaan.

“Kami sedar keadaan ini dan kami akan melaksanakan beberapa dasar yang kuat untuk menghentikan amalan itu,” kata Hadi yang juga Ketua Pengarah Kementerian Bagi Hal Ehwal Konsular dan Protokol yang menyelia perlindungan pekerja asing di luar negara. – Reuters/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori