Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Jamaah Haji, Umrah Kelainan...

JAMAAH haji dan umrah yang kelainan upaya kini memperolehi kemudahan baharu di Makkah...

Rosmah Tinjau Pembinaan Hospital...

KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini meluangkan...

Sukan SEA: Kita Di...

KUALA LUMPUR - Persiapan Malaysia dalam pelbagai aspek bagi penganjuran temasya Sukan SEA...

Mangsa Gilis Lori: “Kaki...

BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul - demikian situasi yang menimpa adik...

Wanita Kejutkan Dunia Dapat 2 Anak Dalam 2 Bulan

UMUM mengetahui untuk melahirkan anak memerlukan sekurang-kurangnya 7 bulan atau 9 bulan bagi mencapai tempoh matang.

Bagaimanapun, lain pula yang berlaku kepada seorang wanita dari Polewali, Indonesia apabila melahirkan dua anak dalam jarak masa hanya dua bulan.

Dek kerana itu, Annisa, 25, kini menjadi perbualan hangat dunia dan mencetuskan tanda tanya bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

1354117Ibu-Melahirkan-Dua-Bayi5780x390

Annisa yang baru melahirkan anak dua bulan lalu dikatakan menyedari hal itu selepas tiba-tiba sakit perut sebelum melahirkan seorang lagi bayi.

Dia mulanya melahirkan bayi lelaki ketika gerhana matahari penuh pada 9 Mac lalu di sebuah pusat perubatan.

Namun selang dua bulan kemudian, Annisa tiba-tiba sakit perut dan tidak lama selepas itu dia melahirkan seorang lagi bayi perempuan pada 7 Mei lalu.

Ketika itu, Annisa dilaporkan tidak sempat ke hospital dan kelahiran keduanya itu dibantu oleh seorang bidan.

Menurut Annisa, selepas beberapa hari kelahiran bayi pertamanya, dia sudah kembali menjalani rutin hariannya dengan mengambil upah mencuci pinggan dan menjual kuih.

“Saya sangat terkejut kerana tidak sangka sekali lagi melahirkan anak dalam tempoh yang sangat singkat ini.

“Namun, saya tetap bersyukur dan berusaha untuk membesarkan anak-anak saya dengan sempurna,” jelasnya.


Dalam pada itu, wanita ini ternyata mempunyai kisah duka kerana kini bergelar ibu tunggal setelah suami menceraikannya ketika dia sedang hamil enam bulan.

Oleh itu, Annisa kini tinggal bersama keluarganya di Desa Karama, Kecamatan Tinambung.

Bayi lelaki pertamanya diberi nama Dava Putra Gerhana, manakala nama bayi kedua perempuan diberi, Devi Putri Inayah.

Sementara itu, seorang pakar di hospital Majene, Sulawesi Barat, Dr Zulfatma menyifatkan keadaan yang dialami Annisa adalah tidak mustahil, tetapi sangat jarang berlaku.

“Kemungkinan Annisa mengandung anak kembar daripada dua telur yang membentuk dua janin dengan dua tali pusat dan dua selaput ketuban.

“Bayi pertama ini lahir tidak cukup bulan, tetapi bayi kedua tetap berada di dalam rahim dan dilahirkan apabila sampai tempohnya,” katanya.

Doktor tersebut juga tidak tolak kemungkinan bahawa doktor yang menyambut kelahiran pertama Annisa gagal mengesan satu lagi bayi berada di dalam rahim wanita itu. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: KOMPAS

  • Lagi berita berkaitan:
  • anak

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori