Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

PRK Pengkalan Kubor: Pusat...

TUMPAT - Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

COVID-19: PKP Fasa Pertama...

PUTRAJAYA - Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama dilihat menunjukkan kejayaan selepas...

Lain Macam Betul PH...

SEBELUM dapat kuasa, macam-macam boleh dikomen dan dikritik, dan janji-janji kepada rakyat pun...

PBB Gesa Israel, Palestin...

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Israel dan...

Wanita Malu Akibat Badan Berbulu Seperti Lelaki

Selama lebih 25 tahun, Rose Geil terpaksa berdepan dengan masalah badan berbulu hinggakan dia terpaksa mencukur, mencabut dan menjalankan rawatan laser untuk mengatasi masalah tersebut.

Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan Rose hilang keyakinan malahan kehidupan sosialnya juga terjejas.

Namun sejak lapan bulan lalu, Rose sudah letih memikirkannya dan wanita yang berusia 39 tahun serta berasal dari Oregon ini memutuskan untuk tidak lagi membuang bulu berkenaan.

Rose sudah tidak larat lagi untuk mencukur bulu berkenaan termasuk jambang di mukanya setiap hari.

“Pada mulanya saya sangkakan ia hanyalah sementara. Kawan-kawan saya tidak tahu mengenainya kerana saya berjaya menyembunyikannya dengan begitu baik sekali,” katanya.

Menurut Rose, ibunya mengetahui apa yang berlaku kepadanya namun wanita itu sendiri tidak tahu bagaimana untuk membantu anaknya.

Rose telah mencuba pelbagai jenis ubat dan perubatan namun semuanya gagal.


Disebabkan keadaan itu, Rose ada kalanya enggan keluar rumah.

Tetapi sejak lapan bulan lalu Rose berjaya menghapuskan perasaan malu dan membiarkan jambangnya tumbuh.

“Membiarkan janggut saya tumbuh adalah satu pengalaman yang teruk. Ia adalah sukar dan setiap hari berdepan dengan emosi.

Pada mulanya saya berasa sangat tidak selesa dan terpaksa melawan kehendak untuk cukur,” katanya.

Hanya dalam masa enam minggu, mukanya dipenuhi janggut dan dia kini tidak mahu mencukur lagi.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori