Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Rumah Terbuka Hari...

JOHOR BAHRU - Keluarga kerabat diraja Johor tidak akan meraikan sambutan Hari Raya...

Letupan Gas Bocor Gegarkan...

LONDON - Letupan di bahagian bawah tanah dipercayai berpunca akibat kebocoran gas  beratus-ratus...

1 Januari Tarikh Kuat...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menetapkan 1 Jan setiap tahun...

Belanjawan 2023: Ekonomi Negara...

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengunjurkan pertumbuhan ekonomi sekitar 4.5 peratus bagi 2023, demikian kata...

Wanita Maut Selepas Dilanggar Pacuan 4 Roda

MARANG – Seorang penunggang motosikal wanita maut selepas dirempuh sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 14 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu mangsa Noor Shahira Maidin, 20, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Gemuruh, Bukit Payung.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Dash dari arah Kuala Berang hendak membelok ke kanan jalan bagaimanapun sejurus tiba di pertengahan simpang lampu isyarat mangsa dipercayai telah dilanggar sebuah pacuan empat roda Jenis Isuzu D-Max.

Susulan rempuhan itu mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan setelah dipercayai tercampak ke tepi jalan serta diseret kenderaan terbabit.


Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 3.30 petang selepas lebih satu jam menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan dibawa ke unit forensik hospital sama untuk dibedah siasat.

Sementara itu Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Kamaludin Mohamad ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori