Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Rihana Oksana Dicerai Talak...

KUALA LUMPUR - Sekeping sijil perceraian menunjukkan wanita Rusia Rihana Oksana Gorbatenko, 26,...

Kehadiran Orang Awam Sebatan...

KUALA LUMPUR – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa...

Malaysia Negara Kedua Paling...

TOHMAHAN Pakatan kononnya rakyat Malaysia hidup sengsara terbukti palsu apabila Laporan Kegembiraan Dunia...

Empat Program Tajaan JPA...

PUTRAJAYA - Empat program tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi tahun 2016 akan...

Wanita Pertikai Halal ‘Quarter Pounder McD’ Minta Maaf

KUALA LUMPUR – Individu yang memulakan dakwaan di laman sosial dengan mempersoal status halal produk McDonald’s Malaysia telah mengakui kesilapannya selain memohon maaf kerana menyebarkan dakwaan itu.

Menurut kenyataan McDonald’s Malaysia hari ini, syarikat makanan segera itu meminta wanita terbabit mengambil iktibar daripada kesilapannya dan lebih berhati-hati dalam memeriksa sebarang maklumat sebelum menyebarkannya.

Ia berkata ini susulan usaha McDonald’s menghubungi sendiri individu berkenaan.

Kenyataan itu turut memaparkan surat permohonan maaf yang dihantar individu berkenaan. Bagaimanapun, identiti dan butiran peribadi individu itu tidak didedahkan.

Menurut syarikat itu pada Mei 2016, ia mengeluarkan kenyataan bagi menepis dakwaan yang disebarkan di media sosial sebelum ini tentang punca penghentian jualan produk ‘Quarter Pounder with Cheese’.


“Kami mendapati dakwaan itu kembali disebarkan, dan kami ingin menegaskan bahawa tidak benar sama sekali dakwaan itu yang mempersoal status halal kami,” kata kenyataan itu.

Ia berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia juga telah mengeluarkan kenyataan bagi meyakinkan pengguna tentang status halal McDonald’s Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori