Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Kanak-kanak Perempuan Maut Tercampak

NILAI - Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun lapan bulan maut dipercayai tercampak dari...

Azmin Diminta Bertenang, Jangan...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dinasihati supaya...

KAFA Minta Lebihan Tiket...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) meminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)...

Bayi Perempuan Dalam Plastik...

JOHOR BAHRU ā€“ Seorang remaja terkejut selepas mendengar bunyi tangisan misteri di tepi...

Wanita Warga Kenya Maut Dalam Kemalangan Di Nilai

NILAI – Seorang wanita warganegara Kenya maut apabila kenderaan yang dinaiki bersama kakaknya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 269 Lebuhraya PLUS arah Selatan, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, mangsa Odongo Regina Ndamai, 23, maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan.

Menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Nilai, Bahrin Ayub Ghazali,siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu kakak mangsa, Regina Ignthia Akiyi, 28, mengalami kerosakan di bahagian tayar.

“Dia yang berada di laluan tengah kemudiannya mahu menuju ke lorong kecemasan, tetapi dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kenderaan pelbagai guna Proton Exora yang dipandu seoarang lelaki,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata akibat rempuhan itu, Proton Exora yang merempuh mereka itu terbakar, namun pemandunya sempat dikeluarkan oleh orang awam.


“Kami mengambil masa selama lima minit untuk memadamkan kebakaran,”katanya.

Katanya, pemandu Proton Exora dan kakak mangsa mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk rawatan susulan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori