KUALA TERENGGANU – Seorang wanita warga Thailand maut selepas tertimbus tanah ketika melakukan aktitivi mencari emas di Felda Chalok Barat, Setiu, semalam.
Mangsa yang dikenali Miss Mariya Maae, 30, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Setiu.
Ketua Polis Daerah Setiu DSP Elias Abu Bakar berkata dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, mangsa bersama bapa tirinya dan seorang lagi anggota keluarganya pergi ke sebatang sungai di Felda Chalok Barat untuk menggali emas. – BERNAMA