Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Polis Tangkap Merpati Kerana...

NEW DELHI - Polis India pada Isnin 'menangkap' seekor burung merpati dekat sempadan...

Kawasan Perumahan Baharu Di...

GEORGE TOWN - Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memberi jaminan kawasan perumahan baharu...

Pegawai Polis Warga China...

JOHOR BAHRU - Seorang pegawai polis warganegara China ditemui mati di rumah rakannya...

Hudud : Gilotin, Jadi...

KOTA BHARU - Gilotin, peralatan yang digunakan untuk memotong kepala Raja Perancis Louis...

Waspada Ancaman Denggi Di Hari Raya – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan meminta orang ramai mengambil berat tentang penularan wabak denggi yang membimbangkan dalam kemeriahan mereka menyambut Hari Raya Aidilftiri pada tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, statistik Kementerian Kesihatan baru-baru ini mendapati berlaku peningkatan kes demam denggi di beberapa kawasan di seluruh negara.

Justeru, beliau menasihati orang ramai yang akan pulang ke kampung pada musim perayaan ini memastikan semua tempat yang berpotensi membiakkan nyamuk aedes di rumah mereka dihapuskan terlebih dahulu.

“Orang ramai dinasihatkan memastikan tiada bekas yang boleh menjadi punca pembiakan nyamuk aedes, membersihkan persekitaran rumah dan menutup bekas-bekas air sebelum meninggalkan kediaman.

“Bahan pembunuh jentik-jentik boleh digunakan untuk bekas simpanan air, kolah mandi, pasu bunga dan semua takungan air kekal yang berpotensi menjadi punca pembiakan nyamuk aedes,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham berkata, orang ramai perlu juga mengambil langkah perlindungan daripada gigitan seperti memakai pakaian cerah yang menutup anggota, menggunakan repelen dan menggunakan semburan aerosol untuk membunuh nyamuk dalam rumah.

Menurutnya, mereka yang mengalamai gejala demam denggi seperti demam, sakit otot dan sendi, sakit kepala serta ruam perlu segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran.


“Orang awam boleh mendapatkan maklumat berkenaan kawasan wabak dan hotspot denggi melalui penggunaan aplikasi mobil iDengue yang boleh dimuat turun secara percuma di Play Store dan App Store,” katanya.

Beliau menerangkan, terdapat 12 buah negeri menunjukkan peningkatan kes denggi berbanding minggu sebelumnya iaitu Selangor, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya, Perak, Sabah, Pahang, Melaka, Sarawak dan Perlis.

Katanya, terdapat empat kematian akibat denggi dilaporkan di seluruh negara dari 12 hingga 18 Jun lalu menjadikan jumlah kumulatif kematian denggi dari Januari hingga 18 Jun 2016 sebanyak 118 kematian. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori