Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ulama, Golongan Pro Islam...

KUALA LUMPUR - Para ulama dan profesional Islam perlu menjelaskan maksud Islam sebenar...

Ahmad Zahid Tolak Ikat...

PUTRAJAYA — Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menolak cadangan peguamnya...

Tindakan Tegas Jika Cetus...

SHAH ALAM - Polis akan bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menimbulkan kekecohan...

Weigang Meninggal Di Jerman...

PUTRAJAYA - Bekas pengendali skuad kebangsaan dan Perak, Karl Heinz Weigang dilaporkan meninggal...

WOW… Siti Sarah Dapat Hadiah Rumah Dari Shuib

ALAHAI.. bertuah sungguh penyanyi Siti Sarah Raisuddin kerana memiliki suami yang sangat penyayang seperti Shuib.

aa

Apa tidaknya, baru-baru ini pelantun lagu Kesetiaan telah menerima hadiah paling besar dalam hidupnya iaitu sebuah rumah.

Shuib yang juga seorang pelawak dan penyampai radio dikatakan menghadiahkan rumah itu kepada isterinya sempena kelahiran cahaya mata ketiga mereka. Haaa.. sweet kan?

Difahamkan, sudah menjadi kebiasaan Shuib akan memberi Siti Sarah hadiah setiap kali mereka menimang cahaya mata sebagai tanda menghargai isterinya itu.

Dalam pada itu, Siti Sarah akui pada awalnya dia menyangkakan suaminya sudah lupa untuk memberi hadiah kerana sedikit lewat dari kebiasaan. Namun, rupa-rupanya dia bakal mendapat sesuatu yang lebih bermakna.


“Setiap kali aku melahirkan anak si suami pasti memberikan hadiah, tetapi pelik tahun ini sampai ingatkan ia tiada. Namun, dia akhirnya bagi sesuatu yang paling besar iaitu rumah. Syukur di bulan mulia ini dapat hadiah sebesar itu. Alhamdulillah @shuibsepahtu terima kasih cinta,” tulis Siti Sarah menerusi laman Instagramnya.

Untitled

Rata-rata peminat ternyata turut teruja dengan hadiah yang diterima Siti Sarah sambil mendoakan kebahagiaan pasangan selebriti ini.

Sarah mendirikan rumah tangga dengan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad pada 26 Februari 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori