Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pekerja MAS Ada Juga...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengakui terdapat pekerja biasa Malaysia Airlines...

Bajet 2018 Bukti Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun...

3 Individu Direman 6...

SEREMBAN - Tiga individu direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan...

Polis Tumpas 2 Geng...

GEORGE TOWN - Polis berjaya menumpaskan dua geng samun bersenjata yang aktif di...

Zahid Harapkan Kematangan Politik Dalam Kempen 2 PRK

SUNGAI BESAR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap parti yang bertanding dalam dua pilihan raya kecil (PRK) dapat terus mengekalkan kematangan politik semasa berkempen sepertimana dipaparkan pada proses penamaan calon hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata kematangan politik itu dapat dilihat berdasarkan suasana tenang dan keharmonian yang ditunjukkan antara penyokong dan calon parti-parti bertanding ketika proses penamaan calon bagi PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Perak.

“Kepimpinan ketiga-tiga parti telah dapat bertemu dengan baik, bukan hanya sekadar membicarakan soal-soal politik tapi juga kami (duduk semeja) makan bersama. Suasana ini harus diterjemahkan dalam tempoh kempen.

“Saya merasakan ini bagi menghormati bulan Ramadan (bermula esok). Bagi saya jika perbezaan pendapat dapat diraikan dengan akhlak dan sahsiah terpuji, maka saya fikir terserahlah kepada rakyat untuk memilih siapa (calon) yang terbaik,” katanya.


Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian pada pemberita selepas proses penamaan calon PRK Parlimen Sungai Besar yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN, PAS dan Parti Amanah Negara (Amanah). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori