Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Babi Hutan Mengganas Di...

SINGAPURA - Kisah babi hutan bebas berkeliaran mencari makanan di republik ini bukan...

Objek Misteri Ditembak Jatuh...

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengesahkan sebuah objek tidak dikenali ditembak jatuh...

Klip Audio Didedah SPRM...

PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, satu daripada 9 rakaman...

Minat Anggota Keluarga Kepada...

IPOH - Minat seluruh anggota keluarga kepada ping pong menjadi faktor utama mendorong...

Zairil Khir Johari Gesa Tolak Pindaan Akta 355

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bukit Bendera daripada DAP, Zairil Khir Johari menyeru seluruh Ahli Parlimen dari Sarawak menolak pindaan ke atas Akta 355 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah.

Kata beliau, rang undang-undang (RUU) persendirian yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu akan memberi lebih kuasa kepada Mahkamah Syariah.

“Jika pindaan ini diluluskan, Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa untuk melaksanakan apa sahaja bentuk hukuman yang dibenarkan oleh Islam selain daripada hukuman bunuh.

“Ini termasuk hukuman 100 sebatan kepada penzina, 80 sebatan kerana fitnah seksual, 40-80 sebatan kerana mabuk dan hukuman penjara termasuk pelucutan hak harta untuk mereka yang bidaah dan murtad,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang baru-baru ini turut menyeru pertubuhan-pertubuhan Cina memberi tekanan kepada pemimpin kerajaan berketurunan Cina supaya mengagalkan usaha Presiden PAS tersebut.


Abdul Hadi sebelum ini membentangkan usul pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian (Pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2015) Akta 355 di Parlimen.

Ia antara lain bertujuan memperkasakan institusi Mahkamah Syariah dalam negara namun dilihat oleh Pakatan Harapan sebagai usaha untuk melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • RUU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori