Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Presiden Pro-Mahasiswa Cedera Parah...

KUALA LUMPUR - Presiden Gerakan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Shahir Rahimi mengalami...

Misi Kayveas Mahu Jadikan...

JIKA Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terkenal dengan slogan 'Make America Great...

Pengantin Dibelasah Suami Kerana...

Seorang wanita di United Kongdom memfailkan perceraian terhadap suaminya selepas lelaki itu membelasahnya...

Tian Chua Cabar Anifah...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua mencabar Menteri...

105,342 Botol Wain Dirampas Dalam Serbuan Di Johor

JOHOR BAHARU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor merampas 105,342 botol minuman keras jenis wain bernilai RM3.74 juta termasuk cukai, dalam serbuan ke atas sebuah gudang di kawasan Zon Bebas Pelabuhan Tanjung Pelepas di Gelang Patah, pada 28 Jun lepas.

Pengarahnya Datuk Ramli Johari berkata serbuan kira-kira 11.15 pagi itu dibuat hasil maklumat orang awam.

Katanya gudang itu dimiliki sebuah syarikat tempatan, namun berdasarkan pemeriksaan, wakil syarikatnya yang juga seorang lelaki berusia 40-an didapati gagal mengemukakan dokumen ikrar barangan.

Berikutan itu, lelaki terbabit ditahan selama sehari bagi membantu siasatan, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ramli berkata hasil semakan lanjut, minuman itu dipercayai diseludup dari China dan ditempatkan di gudang berkenaan lebih daripada sebulan untuk diedarkan di pasaran tempatan.


“Minuman keras jenis wain merupakan barangan larangan import di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2012 dan memerlukan permit import di bawah Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Kastam 1977,” katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Peraturan 21(10(b) Akta Zon Bebas 1990 kerana gagal mengemukakan apa-apa dokumen berhubung dengan barang-barang.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum mengikut Seksyen 19 Akta Zon Bebas 1990 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 manakala barangan pula boleh dirampas di bawah Seksyen 33(2)(b) Akta Zon Bebas 1990, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori