Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pencapaian Harimau Malaya Penentu...

PENCAPAIAN skuad Harimau Malaya pada perlawanan Piala AFF Suzuki 2014 mungkin jadi penentu...

Abdul Hadi Dalam Keadaan...

KUALA TERENGGANU - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berada dalam...

“Pernah Dengar Tak Apron...

TINDAKAN segelintir wanita yang memuatnaik gambar sedang menyusukan anak di laman sosial baru-baru...

55 Kanak-Kanak Jadi Yatim...

SHAH ALAM: Sehingga September lalu, seramai 55 kanak-kanak di negeri ini dilaporkan menjadi...

12 Lesen Dibatal, 118 Pengawal Haram Ditahan

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membatalkan lesen 12 syarikat kawalan keselamatan sejak awal tahun ini kerana melakukan pelbagai kesalahan.

Ketua Penolong Setiausaha KDN, Hanafee Yusof berkata antara kesalahan ialah menggunakan pengawal keselamatan warga asing haram dan gagal membayar gaji pekerja berdasarkan kadar yang ditetapkan mengikut kontrak.

Beliau berkata dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, sejumlah 118 pengawal keselamatan haram ditahan dalam operasi bersepadu melibatkan KDN, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau berkata pemilik premis perniagaan dan persatuan penduduk mengundang risiko dengan menggunakan khidmat pengawal keselamatan haram tanpa mengetahuilatar belakang mereka yang ditugaskan di kawasan masing-masing.

Tanpa saringan, katanya, mereka yang menggunakan khidmat pengawal keselamatan haram berkemungkinan menanggung risiko berlaku kejadian jenayah di tempat atau kawasan perumahan mereka.

“Kalau tidak melalui prosedur pengambilan yang ditetapkan, majikan boleh terlepas pandang atau tidak tahu individu yang diambil itu mempunyai rekod jenayah atau terlibat dalam kegiatan haram seperti gangsterism,” katanya kepada Bernama di sini.

Katanya faktor itu juga menyebabkan ada risiko berlaku kejadian samun, pecah rumah dan curi kenderaan dalam kawasan-kawasan perumahan yang menggunakan khidmat pengawal keselamatan.


Tegas beliau, aspek keselamatan tidak sepatutnya dikompromi oleh syarikat kawalan keselamatan, pemilik premis mahupun persatuan penduduk dengan menggaji pengawal keselamatan tanpa berdaftar dan dengan kadar bayaran yang rendah.

Hanafee berkata trend terbaru pengambilan pegawal keselamatan yang tidak terlatih dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri perlu dibendung segera bagi menurunkan kadar jenayah secara keseluruhan.

Justeru, katanya, tindakan undang-undang tetap diambil terhadap syarikat atau ejen persendirian yang mengupah pekerja asing tanpa izin bekerja sebagai pengawal keselamatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori