Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Rela Dipecat : Hishammuddin...

Bendahari Agung Barisan Nasional (BN)Hishammuddin Tun Hussein kekal dengan pendiriannya menolak kerjasama dengan...

Haramkan PUBG Satu Tindakan...

PERMAINAN video popular PUBG menerima pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. Ada yang ketagih dengan...

Aiman, Zahirah Dilamun Cinta?

KUALA LUMPUR - Sekeping gambar yang dikongsi bersama pelakon, Zahirah MacWilson dan Aiman...

MBM Turut Sumbang Bakti...

NIBONG TEBAL - Banjir melanda negeri ini sejak Sabtu lepas, turut mendapat perhatian...

132 Rumah Rosak, Kerugian Lebih RM700K Akibat Ribut

TEMERLOH – Sebanyak 132 rumah dari empat kawasan taman perumahan dan lapan kampung di sini mengalami kerosakan akibat dilanda ribut petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Hashnuddin Husein berkata pihaknya mendapat panggilan lebih kurang 5.45 petang semalam dan kerugian dianggarkan lebih RM700,000 setakat ini.

“Daripada jumlah itu, 15 rumah mengalami kerosakan teruk seperti bumbung rumah tercabut kerana diterbangkan angin kuat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hashnuddin berkata kawasan yang dilanda ribut adalah Kampung Tualang, Kampung Bukit Kemuning, Kampung Chengal, Kampung Paya Kechik, Kampung Batu Satu, Kampung Haji Ali, Kampung Paya Dalam, Kampung Lompat, Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Makmur, Taman Chengal dan Taman Bahagia.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihaknya bersama agensi berkaitan masih meneruskan bancian bagi mendapatkan jumlah sebenar rumah yang rosak akibat kejadian ribut itu.


Katanya Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah, Jabatan Pertahanan Awam dan Majlis Keselamatan Daerah antara yang turut terlibat dalam operasi menyelamat dan bancian itu selain bomba. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori