Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sherry Tidak Syak Komen...

PETALING JAYA - Pelakon dan pengacara Melodi, Sherry Alhadad tidak mengesyaki komen hinaan...

RTM Bersedia Siar Debat...

SEDIA... Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak ada sebarang masalah untuk menyiarkan debat melibatkan...

Budak Naik Helikopter Selepas...

MACAM dalam filem…seorang budak yang terlewat ke sekolah telah mengejutkan rakan-rakan dan gurunya...

Insiden ‘Serang’ Balai Polis...

Johor Bahru : Polis Johor mengesahkan pihaknya sedang melaksanakan latih amal simulasi gemparan...

15 Wanita Warga Asing Ditahan Dalam Op Mahir

ALOR SETAR – Seramai 15 wanita warga asing ditahan Imigresen Kedah dalam Op Mahir di sebuah kilang membuat wayar elektrik di Kawasan Perusahaan Bakar Arang, Sungai Petani, semalam.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kedah, Mohd Shahrir Khalil berkata ketika operasi yang dijalankan pada pukul 11.45 pagi itu, seramai 49 rakyat asing pelbagai warganegara diperiksa di premis berkenaan.

“Kita kemudian menahan 14 wanita warga Indonesia dan seorang wanita Myanmar yang berumur antara 20 dan 55 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu menyalahgunakan pas.

Katanya kesemua yang ditahan ditempatkan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori