Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Gadis Hampir Dibunuh Taliban...

Siapa sangka, ketika berusia 15 tahun, gadis ini hampir terbunuh akibat ditembak oleh...

Eizlan Yusof, Isteri Sah...

PELAKON yang juga ahli perniagaan, Datuk Eizlan Yusof disahkan bercerai talak satu dengan isterinya,...

Foto Panas Dipercayai Emma...

KUALA LUMPUR - Sekeping gambar mirip abang kepada seorang menteri Kabinet bersama wanita...

Bagaimana Suami Ini Melembutkan...

BERIKUT adalah luahan dan nasihat pada Rafie Ramli dan Felinna Nadea yang juga merupakan...

15 Warga Myanmar Ditahan Di Plaza Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM – Lima belas warga Myanmar ditahan Jabatan Imigresen dalam Op Ikrar di Plaza Bukit Mertajam, Jalan Arumugam Pillai di sini hari ini.

Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Fairuz Ismail berkata kesemua mereka termasuk seorang wanita ditahan dalam pemeriksaan di premis perniagaan pusat membeli belah itu dari pukul 9.30 pagi hingga 1 tengah hari.

“Kesemua mereka yang tidak mempunyai dokumen perjalanan diri itu ditahan hasil pemeriksaan di dua kedai makan dan masing-masing satu kedai runcit dan kedai gunting rambut di situ,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, warga asing itu menyewa premis berkenaan daripada rakyat tempatan dan mengusahakan sendiri perniagaan di situ sejak beberapa bulan lepas serta mengambil rakan senegara mereka untuk bekerja.

Sementara itu, dalam operasi berasingan, beliau berkata seramai 15 rakyat asing yang bekerja di sebuah kilang besi di Kubang Semang, di sini ditahan kerana tiada dokumen perjalanan diri, melanggar syarat pas lawatan sosial dan tinggal lebih masa.


Mereka yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki Bangladesh, tiga lelaki Myanmar dan seorang lelaki Indonesia berusia antara 18 dan 50 tahun, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori