Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

17 Maut Dalam Tembakan...

PARKLAND - Sekurang-kurangnya 17 mangsa maut dalam insiden tembakan rambang di sebuah sekolah...

Malaysia-Singapura Harus Ada 3...

KUALA LUMPUR ā€“ Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Malaysia dan Singapura...

KXP Bukan Pelengkap Tetapi...

PULAU PINANG - Kerajaan negeri menegaskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) bukan...

Warisan Nafi Keluar Surat...

KOTA KINABALU - Parti Warisan Sabah (WARISAN) menafikan bahawa ia ada mengeluarkan surat...

Gambar Nikah Tersebar, Adi Putra Kahwin Dua?

TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba muncul dakwaan menyatakan bahawa pelakon kelahiran Singapura, Adi Putra telah berkahwin lagi.

Gambar Nikah Tersebar, Adi Putra Kahwin Dua?
Adi Putra

Gosip panas itu bagai disahkan lagi apabila gambar pernikahan mereka tersebar menerusi aplikasi WhatApps.

Menerusi gambar tersebut, seorang lelaki mirip Adi dilihat sedang mengucup dahi seorang wanita. Masing-masing lengkap menyarungkan busana pengantin.

Sementara itu, seorang sumber kepada Astro Gempak mendedahkan isteri kedua pelakon drama Cinta Si Wedding Planner itu merupakan seorang pegawai di jabatan kerajaan dan seorang janda anak satu.

Gambar Nikah Tersebar, Adi Putra Kahwin Dua?
Adi Putra dan Isteri, Aida.

Difahamkan, wanita berusia 33 tahun itu merupakan rakan kongsi perniagaan Adi Putra sejak setahun lalu.

Majlis perkahwinan ini dikatakan berlangsung di kediaman pengantin perempuan baru-baru ini.


Sementara itu, isteri Adi Putra iaitu Aida Yusof, 41, dilaporkan tidak tahu menahu berita perkahwinan suaminya itu.

Pun begitu, Aida enggan mengulas lanjut dan menyerahkan Adi untuk menjelaskan hal itu. Manakala, Adi Putra pula gagal dihubungi.

Jika benar berita ini, sama-sama kita nantikan penjelasan aktor kacak ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori