Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ratu Swaziland Kagum Dengan...

KUALA LUMPUR - Swaziland mahu mempelajari pengendalian Pusat Permata Kurnia Negara untuk kanak-kanak...

Bas Panorama Dijangka Beri...

ALOR GAJAH - Perkhidmatan bas Panorama yang beroperasi di Universiti Teknikal Malaysia Melaka...

Dollah Senarai 30 Pemain...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh menyenaraikan 30 pemain...

Wanita Mengandung Mengidam Makan...

London - Ketika mengandung, si ibu biasanya mengidam pelbagai jenis makanan yang enak...

Video Gelek Jadi Kontroversi, Ira Kaza Mohon Maaf

SETELAH teruk dikecam dan dikritik, anak kepada pelakon Kaza Saisi iaitu Ira akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka selepas video tarian geleknya menjadi viral.

Baca: Dek Gelekan Maut, Nama Ira Kaza Jadi Trending

Ira membuat permohonan maaf itu menerusi laman Instagramnya, pada Isnin.

“Baru-baru ini, saya rasa semua dah sedia maklum dengan video gelek saya yang menjadi viral itu.

“Dengan ini, saya minta maaf kepada semua orang yang tak suka, tak boleh terima, tak setuju dengan video tersebut,” katanya.

Dengarlah luahan hatiku ini… 😅

A video posted by IK (@irakaza) on

Dalam pada itu, Ira turut memberitahu, hubungannya dengan bapanya masih berjalan lancar dan tiada masalah seperti yang disangkakan ramai pihak.


Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin, 21, memberitahu, insiden yang berlaku ini akan menjadi pengajaran kepadanya dan dia akan lebih berhati-hati apabila memuat naik video atau gambar.

Nama Ira hangat diperkatakan di media sosial sejak minggu lalu selepas videonya menari gelek berlatar belakang lagu nyanyian Drake menjadi viral ekoran ramai menyifatkan aksi video tersebut melampau. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori