Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mahathir Nafi Kerajaan PH...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, kerajaan...

TNB Raih Anugerah Projek...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah memenangi anugerah 'Projek Transformasi Digital...

Saingan Final Piala FA...

London - Jose Mourinho dan Antonio Conte meneruskan permusuhan mereka apabila Manchester United...

Imej Baru Shaheizy, Kena...

PELAKON yang terkenal menerusi watak Inspektor Khai dalam filem Polis EVO, Shaheizy Sam teruk...

1MDB Bahan Serangan Bermotif Politik Belum Pernah Berlaku

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata 1MDB telah menjadi bahan serangan bermotifkan politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini bertujuan menjatuhkan ketua kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Katanya terlalu banyak tuduhan seperti kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya RM42 bilion lesap, yang kemudian dibuktikan tidak benar – dalam hal ini pengesahan itu dibuat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang dwipartisan.

“Ini bermakna mana-mana dakwaan berhubung 1MDB perlu ditangani dengan berhati-hati mengikut proses undang-undang dan mematuhi prinsip tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.

“Tiada siapa yang patut terburu-buru menghakimi sebelum tuduhan terbukti di mahkamah,” katanya ketika mengulas tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Salleh berkata derma kepada perdana menteri adalah suatu perkara berasingan.


“Selepas siasatan menyeluruh oleh banyak pihak berkuasa, telah disahkan dana itu adalah derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi seperti yang dinyatakan oleh menteri luar Arab Saudi pada 14 April,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori