Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PKPD Pasar Jalan Othman,...

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya sejak...

Lubuk Timah Hot Spring...

IPOH - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan menaik taraf beberapa prasarana di pusat...

Pemain Bebas Perlu Faham...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria...

Ular Sawa 80kg Jatuh...

JOHOR BAHRU - “Ingatkan batu jatuh, rupanya ular,” kata remaja yang menemukan seekor...

1MDB: Sikap Buruk Pembangkang Keruhkan Keadaan

KUALA LUMPUR – Tidak sudah-sudah mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai perdana menteri, sikap buruk pembangkang itu hanya mengeruhkan keadaan dan memburukkan nama negara.

Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pembangkang seharusnya lebih sensitif dalam tindakan mereka dan tidak bertindak melulu kerana ia akan memberi persepsi negatif kepada negara luar.

“Sudah terang-terang nama Datuk Seri Najib tidak disebut melakukan salah laku jenayah dalam saman sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dalam mendapatkan aset berkaitan 1MDB (1Malaysia Development Berhad). Apa lagi yang mereka (pembangkang) tak faham? Hanya letak jawatan sahajakah ‘modal’ yang mereka ada?,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan pembangkang yang mahu Najib berundur sebagai perdana menteri berikutan isu saman tersebut.

Tengku Adnan berkata Najib adalah seorang pemimpin yang tahu tanggungjawab dan melaksanakan yang terbaik untuk negara.

“Buktinya, beliau (Najib) berfikiran terbuka dengan menyatakan kerajaan akan beri kerjasama sepenuhnya dengan semua pihak badan siasatan antarabangsa,” katanya.

Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin turut membidas sikap dwistandard pembangkang dan hanya menutup sebelah mata di saat banyak pihak mahu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meletak jawatan berikutan pertuduhan rasuahnya.

“Semasa Lim Guan Eng terpalit tuduhan rasuah, pembangkang buat macam tak ada apa-apa..Dia (Lim) sendiri pun tak letak jawatan. Makanya, buat masa ini, pembangkang tidak perlulah sibuk-sibuk desak PM letak jawatan dan sebagainya sebab mereka sendiri cakap tak serupa bikin.


“Yang jelasnya, Lim Guan Eng memang berdepan kes mahkamah, sedangkan Datuk Seri Najib langsung tidak dinyatakan dalam saman sivil tersebut,” katanya.

Jelas Mas Ermieyati yang mempunyai latar belakang sebagai peguam, setiap rakyat perlu mengukuhkan solidariti dan bersatu hati di saat negara menjadi tumpuan dunia, selain tidak terpengaruh dengan hasutan pembangkang untuk menyingkirkan pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat sendiri secara demokrasi.

Sementara itu, anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata tidak perlu ditubuhkan tribunal bebas untuk menyiasat dakwaan membabitkan 1MDB seperti yang dicadangkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini kerana katanya, negara sudah mempunyai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang menyiasat perkara itu.

“Tak perlulah nak tubuhkan tribunal..Kita sudah ada PAC dan dalam jawatankuasa itu juga ada keanggotaan pembangkang sedangkan naib pengerusi PAC, Tan Seng Giaw yang juga daripada DAP kata Datuk Seri Najib tidak terlibat secara langsung dalam isu membabitkan 1MDB,” katanya.

Dalam pada itu, Ab Aziz juga berharap rakyat tidak terpengaruh dengan fitnah pembangkang dan mahu rakyat berdiri teguh di belakang pemimpin yang mereka pilih. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori