Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Bapa Michael Jackson Meninggal...

AJAL... Bapa mendiang Michael Jackson, Joe Jackson yang juga pengasas kumpulan Jackson 5...

‘Bos SPR Kena Berundur...

Veteran DAP Lim Kit Siang menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani...

Kedah Umum Bayaran Khas...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah hari ini mengumumkan pemberian khas berjumlah RM2,000...

Tian Chua Bebas Tuduhan...

Mahkamah Sesyen KL hari ini melepaskan dan membebaskan Anggota Parlimen Batu, Tian Chua...

2 Beradik Dipenjara, Denda Kerana Curi Strepsils

KUALA LUMPUR – Dua beradik penganggur masing-masing dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM500, atau penjara 20 hari, kerana mencuri 12 kotak kotak gula-gula penyaman tekak, bulan lepas.

Majistret Husna Dzulkifly menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Nur Ramadan Abdullah, 25, dan Mohammad Afzan Abdullah, 24, selepas mereka mengaku bersalah mencuri 12 kotak Strepsils lemon di KK Supermart Jalil Link, Bukit Jalil, Cheras, di sini pada 4.30 petang, 22 Jun tahun ini.

Beliau memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara mulai tarikh mereka ditangkap pada 22 Jun.

Kedua-dua beradik itu yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda.

Dalam rayuannya, Ramadan memohon hukuman ringan oleh sebab dia perlu menyara seorang anak, manakala Afzan turut memohon hukuman ringan memandangkan dia tiada pekerjaan.


Timbalan Pendakwa Raya, Zikri Jaafar, menggesa mahkamah supaya menjatuhi hukuman bersifat pencegahan, disebabkan sebagai adik beradik, mereka sepatutnya saling menjaga kepentingan satu sama lain, dan bukannya menjadi orang jahat. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • curi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori