Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

IS: Australia Beri...

MENTERI Luar Australia, Julie Bishop memberi amaran kepada penduduk wanita di negara itu...

Trend Pasang ‘Dashcam’ Satu...

KUALA LUMPUR - Trend pemasangan kamera 'dashboard' atau 'dashcam' dalam kenderaan oleh pemilik...

RM780,000 Diserahkan Untuk Bebaskan...

Sejumlah wang sebanyak kira-kira 10 juta Peso (RM780,000) dikatakan telah diserahkan kepada Kumpulan...

Jenazah 2 Pelajar Malaysia...

KOTA BHARU - Jenazah dua pelajar Malaysia yang terkorban dalam kemalangan jalan raya...

2 Warga Asing Disyaki Penyamun Ditahan, Kereta Terbabas

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga asing disyaki baru melakukan samun ditahan di susur keluar ke Putrajaya, Lebuhraya Maju Expressway (MEX) di sini, selepas kenderaan mereka terbabas ketika dikejar polis pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, mereka bertindak melarikan diri dengan memandu secara melulu selepas dikesan anggota Unit Kereta Peronda polis di Jalan Syed Putra.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata suspek merupakan pelajar kolej tempatan berusia 21 tahun dan pelawat berusia 40 tahun.

Kedua-duanya dipercayai warga negara Timur Tengah.

“Maklumat awal yang kita terima, kereta yang digunakan suspek padan dengan keterangan pengadu iaitu mangsa samun.


“Namun, kita masih siasat sama ada suspek sebelum itu betul-betul menyamun atau mereka melarikan diri disebabkan kes lain,” katanya ketika dihubungi.

Rusdi berkata kedua-dua suspek cedera selepas kereta mereka melanggar pembahagi jalan dan kini dirawat di Hospital Putrajaya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori