Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dialek Hulu Terengganu Unik,...

KUALA BERANG - Perbezaan dialek dituturkan penduduk di setiap negeri dan daerah antara...

Landasan 3 KLIA Ditutup...

PUTRAJAYA - Landasan 3 di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di Sepang akan ditutup...

‘Penjawat Awam Kini Hanya...

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak sehingga inisiatif...

Ambil Tindakan Ibu Bapa...

KUALA LUMPUR - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mahu tindakan undang-undang dikenakan terhadap...

1MDB: PAS Tolak Campur Tangan Kuasa Asing

KUALA LUMPUR – PAS menegaskan parti itu menolak sebarang usaha campur tangan asing termasuk Amerika Syarikat (AS) dalam urusan negara ini.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, meskipun demikian parti itu tetap memandang serius tuduhan AS kononnya wujud penyelewengan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Justeru, katanya, PAS meminta supaya satu siasatan telus dan menyeluruh perlu dijalankan dan disegerakan berhubung tuduhan itu.

“Jika ia melibatkan pengurusan pelaburan dan kewangan yang silap dan jangkaan pelaburan yang salah, maka penambahbaikan dan kebertanggungjawaban pihak yang berkenaan perlu diberikan perhatian.

“Selaras dengan prinsip Islam dan terma universal iaitu ‘innocent until proven guilty’ (tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah). PAS menuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Idris seterusnya berkata, PAS berharap ada penyelesaian tuntas kepada isu berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori