Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ketua Agama Digesa Tekan...

KOTA KINABALU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup hari...

Koronavirus: Waris Penerbangan Khas...

PUTRAJAYA - Waris kepada 141 rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan, China...

Masalah Rumah Tangga: Eizlan...

SEJAK berita kegoyahan rumah tangganya hangat diperkatakan di media massa, Datuk Eizlan Yusof dilihat belum...

PAS Tanding Lebih 60...

Terdapat penyandang kerusi Parlimen tidak dicalonkan semula untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)...

‘Terima Kasih Ustazah Kerana Tampar Kepala Anak Saya’

GARA-GARA bulu kening, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga mengalami kecederaan kronik di bahagian leher akibat ditampar beberapa kali oleh seorang guru wanita di sekolah menengah di Tanah Merah, baru-baru ini.

Dalam kejadian pada Selasa, jam 8.30 pagi, Siti Nursyahida Zulkifli, 15, mendakwa dirinya ditampar di belakang kepala oleh seorang ustazah sebanyak tiga kali ketika perhimpunan sekolah, selepas menafikan mencukur keningnya.

Susulan insiden berkenaan, bapa kepada pelajar terbabit, Zulkifli Yunus menerusi laman Facebook memuatnaik luahan dan rasa kecewanya dengan tindakan tidak bertanggungjawab terbabit.

Zulkifli turut mengatakan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

'Terima Kasih Ustazah Kerana Tampar Kepala Anak Saya'

“Terima kasih USTAZAH HUSLIN (SMK Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan) kerana telah menampar kepala anak saya NURSYAHIDA BT ZULKIFLI sebanyak tiga kali pada 19 Julai 2016, jam 8.30 petang. 

“Katanya, anak saya mengandam kening. Sedangkan keluarga kami semuanya kening seperti diandam. Saya rasa ustazah berkenaan perlu menambah power kaca matanya. 

“Anak saya masih dalam rawatan Doktor Pakar Othorpedik kerana tulang tengkuknya menghadapi masalah kritikal. Penyakit ini di bawah kawalan Ketua Pakar Othorpedik HRPZII dan anak saya dinasihatkan agar tidak mengangkat barang-barang berat dan tidak dibenarkan sesiapa menyentuh, apatah lagi memukul bahagian kepalanya. 

“Disebabkan kejadian semalam, saya terpaksa menghantar anak saya ke Hospital Tanah Merah kerana dia mengalami sakit di bahagian yang ditampar dan muntah-muntah. Dan sekiranya sakitnya tidak berubah, saya terpaksa merujuk HRPZII.

'Terima Kasih Ustazah Kerana Tampar Kepala Anak Saya'


'Terima Kasih Ustazah Kerana Tampar Kepala Anak Saya'

'Terima Kasih Ustazah Kerana Tampar Kepala Anak Saya'

“Justeru, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Sepatutnya pihak sekolah prihatin dan tidak menghukum muridnya secara keterlaluan. 

“Tambahan pula guru yang berpendidikan agama perlu mengambil tindakan secara berhemah. Saya berharap pihak kementerian mengambil tindakan yang serius terhadap guru-guru yang tidak beretika,” tulisnya.

Difahamkan, Nursyahida dibawa ke Hospital Tanah Merah (HTM) sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menerima rawatan lanjut selepas mengalami masalah saraf.

Walau bagaimanapun, netizen dinasihatkan jangan mudah menghentam atau mengadili guru tersebut kerana kami masih belum mendapat kenyataan daripada pihak guru dan sekolah berkenaan. – MYNEWSHUB.C

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori