Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Dana NGO Belia Tumpu...

PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan menetapkan bahawa tumpuan peruntukan kepada pertubuhan bukan...

Putin Isytihar Operasi Ketenteraan...

PRESIDEN Rusia Vladimir Putin memutuskan untuk memberi lampu hijau terhadap operasi ketenteraan di...

Peruntukan RM725.7 Juta Untuk...

SEPANG : Kerajaan memperuntukkan RM725.7 juta bagi melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB)...

Mahu Balas Jasa, Wany...

SELEPAS 14 hidup berseorangan, penyanyi Wany Hasrita reda jika ibunya, Norita Jaafar bertemu...

Video: Budak Nangis Teresak-Esak Ditengking Cikgu Tadika

TINDAKAN seorang guru yang menjerit dan menengking anak didiknya dalam kejadian di sebuah pusat pendidikan prasekolah di Klang, mengundang pelbagai kecaman dan rasa tidak puas hati netizen di media sosial.

Kejadian yang berlaku pada 20 Julai, kira-kira jam 10 pagi itu dirakam oleh pengguna Facebook, Syazwani Halim yang kebetulan pada ketika itu berada berhampiran dengan pusat didikan tersebut.

Melalui video, kedengaran suara kanak-kanak terbabit yang teresak-esak menangis akibat terlalu takut dan merayu kepada guru wanita terbabit namun tidak diendahkan.

“Ni ibarat 3 jam (9 pagi -12 tengah hari) dalam neraka bagi anak-anak kita yang baru nak kenal ABC. Smart Reader HQ should take action on this matter!” tulisnya.

“Bila saya terdengar bunyi kanak-kanak menangis, saya dapati ia datang dari Smart Reader di tingkat satu. Kanak-kanak itu menangis dan merayu, ‘please teacher, please teacher‘. Namun guru terbabit menjerit pada kanak-kanak tersebut dengan suara yang kuat secara berterusan.


“Saya rasa tak senang hati lalu mengambil keputusan untuk masuk dan berdepan dengan guru yang berkelakuan tidak wajar terhadap kanak-kanak terbabit,” katanya.

Guru berkenaan cuba memberi alasan dan mengatakan kepada perakam, dia tidak mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Namun Syazwani tidak menerima alasan itu dan terus menegur tindakan guru terbabit yang dianggap melampau dan boleh mendatangkan trauma terhadap kanak-kanak yang dihantar ke pusat pendidikan awal itu.

“Kanak-kanak sepatutnya diajar atau dibimbing dengan baik oleh guru. Jika begini cara mereka mengajar, ia boleh mendatangkan ketakutan pada kanak-kanak dan hilangnya minat untuk belajar.

“Ibu bapa perlu berhati-hati apabila memilih dan menghantar anak mereka ke pusat pendidikan awal. Bimbang perkara yang tidak diingini berlaku dan ia boleh menjejaskan emosi anak-anak,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori