Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

KKMM Perkenal Saluran Baharu...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memberi jaminan akan mewujudkan beberapa...

Pencerobohan Hutan Simpan Sedang...

PORT DICKSON - Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS) sedang dalam proses mengenal...

KDNK Malaysia Antara Terbaik...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani hari ini menegaskan...

Rogol Pembantu Rumah, ADUN...

IPOH - Seorang Exco Kerajaan Perak yang disyaki terbabit dengan kes serangan seksual...

Kakak Nursyahida Jawab Isu Kening, Gambar ‘Lama’ Di Wad

SUSULAN  tersebar salinan mesej di grup Facebook mendakwa pelajar yang ditampar ustazah hingga terlantar di wad mempunyai masalah disiplin termasuk mencukur kening, memakai tudung kecil dan gambar di hospital yang dikongsikan adalah gambar lama, kakak mangsa tampil mempertahankan adiknya.

Sebelum ini satu posting di grup Kami Guru Malaysia, mendakwa Nursyahida Zulkifli, 15, dan keluarganya hanya mereka cerita kerana mahu menutup kesalahannya di sekolah lantas menyeru supaya kisah yang dikongsikan itu disebarkan.

Kakak Nursyahida Jawab Isu Kening, Gambar 'Lama' Di Wad

Melalui akaun Facebook Puteri Boneka, kakak Nursyahida tampil menjawab satu persatu tuduhan yang dilemparkan kepada adiknya.

Menafikan adiknya itu mencukur kening, dia meluahkan rasa hairan mengapa guru yang terlibat seolah-olah melarikan diri dan tidak tampil memberikan sebarang kenyataan jika benar adiknya bersalah.

Dia turut memuatnaik gambar yang menunjukkan adiknya memakai tudung labuh di sekolah sekaligus menepis tuduhan mengatakan Nursyahida ditegur kerana memakai tudung kecil pada hari kejadian.

Kakak Nursyahida Jawab Isu Kening, Gambar 'Lama' Di Wad

Bagi menjawab tuduhan lain yang disebarkan menerusi Facebook Md Sukhairi bahawa gambar adiknya di hospital adalah gambar lama, dia memuatnaik dua gambar di hospital pada tarikh berbeza, dengan maklumat berkenaan Nursyahiya yang tertera di katil hospital dibesarkan.


Kakak Nursyahida Jawab Isu Kening, Gambar 'Lama' Di Wad

Kakak Nursyahida Jawab Isu Kening, Gambar 'Lama' Di Wad

Difahamkan sehingga kini guru dikenali sebagai Ustazah Huslin yang dikatakan bertanggungjawab mendatangkan kecederaan ke atas Nursyahida belum memberikan apa-apa kenyataan.

Nursyahida yang merupakan pelajar tingkatan 3 SMK Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan dikatakan telah ditampar sebanyak tiga kali oleh guru di sekolahnya kerana mengandam kening sehingga terpaksa dihantar ke Hospital Tanah Merah selepas mengadu sakit di bahagian belakang kepalanya serta muntah-muntah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori