Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Kolej, Institusi Kemahiran Peka...

KOTA KINABALU - Kolej dan institusi kemahiran di Sabah perlu peka dengan perkembangan...

Wanita Topless Di Pantai...

SEKUMPULAN wanita di Brazil membuat demonstrasi dengan membuka bikini/coli mereka ketika bersantai di...

England Bangkit Benam Slovenia...

LONDON - Wayne Rooney meraikan kejayaannya bergelar pemain termuda England meraih 100 kaps...

Najib: 2014 Tahun Paling...

TAHUN 2014 sudah meninggalkan kita beberapa jam yang lalu bagi membuka peluang buat...

Pekin Ibrahim Bercinta Dengan Model Dari London?

AKTOR kelahiran negeri Che Siti Wan Kembang, Pekin Ibrahim dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang wanita asing yang menetap di London.

Menurut sebuah laman berita, wanita yang dikenali sebagai Iman itu merupakan seorang model antarabangsa dan juga pelukis. Difahamkan, wanita berkenaan telah pun memeluk Islam.

Pekin Ibrahim Bercinta Dengan Model Dari London?

Malah desas-desus ini telah diakui oleh Pekin sendiri melalui kenyataannya kepada laman berita tersebut.

“Ya, saya sedang berkawan secara serius kira-kira enam bulan dengan seorang wanita yang bekerja sebagai model dan pelukis di London.

“Saya selalu jumpa dia di sana jika kelapangan dan dia juga sudah beberapa kali datang ke Malaysia.

“Alhamdulillah dia juga sudah memeluk agama Islam dan menggunakan nama Iman,” katanya.

Pekin Ibrahim Bercinta Dengan Model Dari London?
Pekin Ibrahim

Meskipun kisah percintaannya berjaya dihidu oleh media tempatan, namun Pekin memberitahu dia tidak bersedia untuk mendedahkan perhubungan itu kerana menghormati permintaan kekasihnya.

“Saya tidak boleh dedahkan identitinya kerana dia terikat kontrak dengan beberapa jenama terkenal. Dia juga minta saya merahsiakan perkara ini hingga dia tamat kontrak tersebut.


“Insya’Allah, kalau dia dah sedia, saya tidak kisah untuk berkongsi kepada umum tentang hubungan kami,” jelasnya.

Jelas aktor yang berusia 35 tahun ini, dia seorang individu yang bersikap terbuka dan tidak gemar menyembunyikan sesuatu yang berlaku.

“Saya terbuka jika ada yang bertanya, masa saya bercinta dengan Uqasha dulu pun saya tidak pernah mengelak jika wartawan bertanya.

“Bagaimanapun, kami hanya merancang dan tuhan yang menentukannya,” ujarnya.

Semoga perhubungan yang terjalin kali ini membawa ke fasa yang lebih baik dan tidak mengalami ‘nasib malang’ seperti kisahnya dengan pelakon Uqasha Senrose. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori