Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Banduan Merusuh Kerana Hamster...

LEICESTER (Britain) - Kematian seekor hamster yang menjadi haiwan kesayangan seorang banduan mencetuskan...

Pasangan Adik-Beradik Popular Di...

JIKA di Hollywood ada pasangan adik-beradik popular antaranya Mary Kate Olsen-Ashley Olsen, Liam...

Artis Popular Bakal Jayakan...

SHAH ALAM - Seramai 10 orang selebriti terkenal bakal menjayakan Karnival OMG Fest!...

Polis Tahan Lelaki Disyaki...

Seorang lelaki ditahan dipercayai memukul jirannya menggunakan topi keledar sehingga menyebabkan kematian di...

3 Warga Myanmar Maut, Seorang Parah Dalam Pergaduhan

BUKIT MERTAJAM – Tiga warga Myanmar maut manakala seorang lagi parah dalam pergaduhan dengan sekumpulan lelaki lain yang juga rakyat Myanmar di sebuah rumah di Taman Nagasari di sini awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Razaruddin Husain @ Abdul Rasid berkata dua daripada mayat itu ditemui di kawasan garaj manakala satu lagi di luar rumah dua tingkat itu.

Dua daripada yang maut dalam kejadian 6.30 pagi itu dikenali sebagai Naing Win, 28, dan Kyaw Hoe, 33, manakala seorang lagi belum dikenal pasti berikutan polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat tersebut.

“Terdapat banyak kesan kecederaan dipercayai ditikam dan dikelar dengan parang atau pisau di badan mangsa yang mati dan cedera,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata lelaki yang parah berusia sekitar 30-an dan identitinya juga belum dikenal pasti. Dia kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.

Razaruddin berkata Naing, Kyaw dan lelaki yang cedera parah itu bekerja di kilang yang sama di Perai dan menyewa di rumah berkenaan, manakala seorang lagi yang mati dipercayai daripada kumpulan yang datang ke rumah sewa terebut.


Beliau berkata siasatan awal polis mendapati sekumpulan rakyat Myanmar datang ke rumah sewa itu yang didiami 17 rakan senegara mereka dan berlaku pergaduhan antara dua kumpulan itu.

Motif kejadian masih disiasat dan polis tidak menolak kemungkinan ia berpunca akibat dendam dan perselisihan faham, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori