Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Janna Dakwa Gaun Seksi,...

JIKA semalam Mynewshub berkongsikan kisah Janna Nick yang enggan menggayakan sehelai gaun yang...

Penganggur Ditahan Tipu Operator...

JOHOR BAHARU - Seorang pengganggur yang dipercayai memperdayakan seorang operator kilang untuk menyerahkan...

Kembara Proton 1-Tangki Sasar...

BUTTERWORTH - Seramai 36 peserta Kembara Proton Satu-Tangki 2018 meneruskan kembara ke destinasi...

Macam Tragedi Ribut Tropika...

KENINGAU - “Saya cuma fikir mahu selamatkan diri dan anak selepas melihat arus...

Kelaparan! Bomba Gelojoh Makan Mi Periuk Besar

SEORANG pemuda di China yang bekerja sebagai anggota bomba, menjadi bahan cerita ramai pihak setelah gambarnya gelojoh leka memakan mi dalam periuk besar tersebar viral di Internet.

Pemuda yang bernama Bu Wenming itu dirakam khusyuk menyantap semangkuk mi dengan rakannya seramai lebih 10 orang, lapor portal berita tempatan Shanghaiist.

Bu dikatakan kelaparan setelah mengikuti latihan selama dua hari tanpa henti dan selepas habis latihan, diia dan teman-temannya bergegas ke kantin dengan satu-satunya menu yang ada hanyalah mi segera.

Dalam pada itu, ketika rakan-rakan Bu selesai makan dan meninggalkan sisa mi di mangkuk mereka, sebaliknya dia yang masih lapar, kemudian mengumpulkan baki makanan itu sebelum menjamah hingga habis.

“Saya sememangnya bukan orang yang mempunyai susuk badan yang besar, tetapi beban kerja dan latihannya yang sangat berat membuat saya amat kepenatan dan kelaparan,” katanya.

Bu bahkan menambah: “Hanya dengan memakan ini semua, saya boleh mendapatkan tenaga semula.”

Rakan-rakan Bu yang menganggap hal itu luar biasa kemudian merakam gambar dan memuat naik ke media sosial Weibo. Netizen dilaporkan membuat banyak kritikan sehingga gambar itu menjadi viral.


Kelaparan! Bomba Gelojoh Makan Mi Periuk Besar

Seorang netizen menyeru khidmat anggota bomba lebih dihargai atas dedikasinya dengan disediakan hidangan yang lebih lazat, bukan hanya dengan semangkuk mi segera sahaja.

“Mengapa anggota bomba hanya makan mi itu? Mereka telah bekerja selama dua hari berturut-turut, cef harus memasak beberapa hidangan untuk mereka,” kata seorang netizen di laman Weibo.

“Setidaknya tambah beberapa biji telur! Apakah pemerintah benar-benar miskin hingga tidak mampu beli telur kepada anggota bomba yang bertugas pertaruh hidup demi masyarakat?” soal seorang netizen. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori