Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pelacur Guna Darah Belut...

BEIJING - Polis Xuzhou di wilayah Jiangsu membongkar kegiatan pelacur yang mengguna darah...

Cinta Terlarang, Sampai Hati...

AKIBAT cinta terhalang, bakal penuntut universiti sanggup merancang untuk membunuh ibu bapanya dengan...

Kandungan Cecah 5 Bulan,...

PENGACARA jelita, Elaine Daly mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak pertama yang mana...

Pamer Nombor Plat Palsu,...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar kolej swasta hari ini didenda RM6,000 atau tiga...

34 GRO Rakyat Asing Ditahan Di Pusat Hiburan Di P.Pinang

GEORGE TOWN – Sebanyak 34 wanita rakyat asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di dua pusat hiburan di negeri ini ditahan dalam operasi awal hari ini.

Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang Fairuz Ismail berkata 23 wanita ditahan dalam serbuan pada 1 pagi di pusat hiburan Jalan Perai 4, di Perai, dan 11 wanita ditahan dalam serbuan di Plaza Gurney di sini.

Pemeriksaan di pusat hiburan di Perai itu mendapati 14 wanita Vietnam, tujuh wanita China dan dua wanita Thailand yang bekerja sebagai GRO di situ bekerja tanpa permit yang sah dan menyalahguna pas lawatan sosial, katanya di sini hari ini.

Beliau berkata mereka yang ditahan dalam serbuan di Plaza Gurney pula terdiri daripada enam wanita China dan lima wanita Vietnam.

“Kedua-dua premis hiburan itu pernah diserbu beberapa kali sebelum ini kerana menggaji pekerja asing tanpa permit yang sah,” katanya.


Sementara itu, seramai 38 rakyat asing ditahan hasil pemeriksaan di beberapa restoran dan rumah kongsi di sekitar daerah Timur Laut, semalam.

Mereka yang ditahan dalam pemeriksaan bermula 5 petang semalam itu terdiri daripada 21 lelaki Myanmar, enam lelaki Bangladesh, empat lelaki Pakistan, tiga lelaki India, seorang lelaki Filipina dan dua wanita Indonesia bersama seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.

“Semua warga asing itu ditahan kerana tiada dokumen perjalanan diri yang sah, tinggal lebih masa dan menyalahguna pas lawatan sosial,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GRO

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori