Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sweden Semak Semula Akta...

STOCKHOLM, Sweden: Kerajaan Sweden akan menyemak semula Akta Ketenteraman Awam sebagai tindak balas...

TRW Tiada Pesawat Tetapi...

KUALA LUMPUR - "Selamat Berjuang The Red Warriors (TRW). Kita tidak punyai pesawat...

Geng Koki Diberkas, 7...

PETALING JAYA - Polis percaya dapat menyelesaikan tujuh kes samun di sekitar negeri...

Lelaki Bangladesh Maut Tertimbus...

CAMERON HIGHLANDS - Seorang lelaki warga Bangladesh maut dalam kejadian tanah runtuh kecil...

39 Bangunan Terjejas Akibat Ribut Di Felda Jengka 6

MARAN – Sekurang-kurangnya 39 buah bangunan di Felda Jengka 6 di sini rosak akibat dilanda ribut selama 15 minit petang semalam.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Maran, Penolong Penguasa Shamsul Afendy Sulaiman berkata setakat pagi ini pihaknya menerima laporan kerosakan membabitkan rumah peneroka, pejabat Felda, sekolah, premis perniagaan dan bangunan JKKR.

“Jumlah kerosakan premis kediaman dan awam dijangka meningkat apabila kerja-kerja bancian pembersihan sedang giat dilaksanakan oleh penduduk dengan bantuan beberapa agensi.

“Kejadian ribut berlaku sekitar pukul 5.15 petang dan diikuti hujan lebat serta angin kencang,” katanya kepada pemberita hari ini.

Shamsul Afendy berkata sebahagian besar rumah dan bangunan rosak akibat bumbung diterbangkan.


Kerja pembersihan dilakukan melibatkan antaranya pihak bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Felda manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaksanakan bancian untuk menentukan jumlah kerugian.

Ketua Kampung Felda Jengka 6, Saharudin Lela berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan pantas menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas dalam kejadian itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori