Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Johari Tawar Diri Tanding...

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menawarkan...

Mogok Juruterbang Di Maghribi,...

RABAT - Royal Air Maroc (RAM) Maghribi terpaksa membatalkan lebih 160 penerbangan dalam...

IKHLAS Gesa Keadilan Kepada...

PUTRAJAYA - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) hari ini menyerahkan...

Kepulangan Qobin Penjelajah Grand...

SEPANG - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini penuh dibanjiri ramai...

5 Kru Terdampar Di Perairan Tambisan Dipercayai Diculik

LAHAD DATU – Polis tidak menolak kemungkinan lima kru yang hilang selepas sebuah bot tunda ditemui terdampar di perairan Dent Heaven, Tambisan semalam, menjadi mangsa culik.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata polis dan anggota keluarga belum menerima sebarang panggilan meminta wang tebusan daripada mana-mana pihak.

Katanya lima kru tersebut adalah warganegara Malaysia iaitu lima dari Tawau dan seorang dari Felda Jengka, Pahang.

Mereka dikenali sebagai Abd Rahim Summas, 62, juragan bot dari Kampung Tanjung Batu, Tawau; empat kru bot iaitu Tayudin Anjut, 45, dari Kampung Tanjung Batu Darat, Tawau; Mohd Ridzuan Ismail, 32, dari Felda Jengka 7, Bandar Jengka, Pahang; Fandy Bakran, 26, dari Kampung Pukat Tawau dan Mohamad Jumadil Rahim, 23, dari Batu 2, Jalan Apas, Tawau.

“Kelima-lima kru yang dipercayai diculik tidak dapat dihubungi. Polis sedang menyiasat kes dan kejadian ini,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

“Pemeriksaan mendapati enjin bot tunda masih hidup, kompas jurumudi tiada serta tiada seorang pun kru di dalamnya,” katanya.

Abdul Rashid berkata lokasi penemuan bot tunda dan tongkang tersebut terletak kira-kira 35 hingga 40 minit dari sempadan perairan antarabangsa.


Katanya beliau belum dapat mengulas lanjut mengenai kejadian itu disebabkan belum mendapat pengesahan sekiranya mangsa telah diculik.

Menurutnya anggota keluarga kru bot tersebut sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Beliau berkata bot tunda dan tongkang tersebut akan ditunda ke Pangkalan Polis Marin di sini hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori