SEKUMPULAN lima orang lelaki warga China menemui ajal apabila lemas selepas cubaan untuk menyelamatkan seorang wanita yang ingin membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai tidak berjaya.
Menurut sebuah laman portal negara itu, kemalangan tragis itu berlaku di bandar Dunhang, wilayah Guansu kira-kira 6.45 petang.
Difahamkan, mangsa dan empat lelaki yang merupakan rakan sekerja dari sebuah syarikat tempatan sedang menikmati makanan dan minuma apabila wanita itu berkata dia tidak mahu hidup lagi dan terjun ke dalam sungai berhampiran.
Bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan oleh rakan-rakan lelakinya itu dengan menarik keluar dari sungai tersebut.
Namun, wanita itu sekali lagi nekad untuk membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai yang sama sebelum empat rakan lelakinya sekali lagi terjun menyelamatkannya.
Lebih memilukan lagi, seorang penjaja gerai yang berada berdekatan dengan insiden itu turut terjun sama untuk membantu selepas keadaan menjadi tidak terkawal.
Malangnya, disebabkan arus sungai itu yang sangat deras, keenam-enam mangsa (termasuk wanita berkenaan) lemas di dalam sungai tersebut.
Sebelum ini, kejadian seumpama itu turut berlaku apabila seorang wanita dari Chongqing mati selepas terjun ke dalam sungai Yangtze untuk menyelamatkan teman lelaki selepas teman lelakinya bertindak terjun ke dalam sungai itu untuk menyelamatkan bekas teman wanitanya. – MYNEWSHUB.CC