Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Bayar Pampasan Bagi...

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan bayar pampasan bagi pemansuhan kutipan empat tol di...

8 Penuntut UM Ditawar...

Nasib lapan orang pelajar Universiti Malaya (UM) termasuk penganjurnya, Fahmi Zainol bakal terjawab...

Malaysia & Sri Lanka...

COLOMBO (SRI LANKA) - Malaysia dan Sri Lanka menikmati hubungan yang rapat terutama...

Rossi Juarai MotoGP Di...

PHILLIP ISLAND - Valentino Rossi dari Itali memenangi gelaran kali keenam, Grand Prix...

5 Nelayan Hilang Sejak 28 Jun, Ditemui Selamat

DUNGUN – Lima nelayan yang hilang di laut sejak 28 Jun lalu dijumpai selamat pagi tadi selepas dibantu sekumpulan nelayan Vietnam, semalam.

Lima nelayan terbabit, Kamaruzaman Awi, 43, (tekong bot); bersama adiknya Roslin Awi, 38; dua sepupunya Mohamad Zamri Ab Rahman, 43; Abdullah Ab Rahman, 25; serta rakannya Zakaria Mamat, 39; selamat sampai di Jeti Kuala Dungun, kira-kira 9 pagi tadi.

Ketika dijumpai mangsa dalam keadaan keletihan dan dibawa ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

Terdahulu Kamaruzaman ketika ditemui Bernama berkata mereka semua sepatutnya pulang untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing-masing selepas empat hari berada di laut.

Namun katanya enjin bot mereka gagal dihidupkan selepas mengalami kerosakan bateri, sejak 1 Julai lalu ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Dungun.


Katanya nasib mereka baik kerana kira-kira 6 petang semalam sebuah bot nelayan Vietnam memberikan bantuan sebelum bot yang dinaiki mereka berjaya dihidupkan sebelum bertolak pulang.

“Sepanjang sembilan hari hanyut bekalan makanan juga sudah habis…namun bersyukur kami semua selamat sampai di Dungun sebelum kami dibawa ke Hospital Dungun untuk pemeriksaan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori