Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pesakit Kencing Manis Guna...

SEORANG pesakit kencing manis yang menderita akibat kakinya melecur selepas terkena radiator, mendedahkan...

Kanak-Kanak Patah Tangan Tersepit...

ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun patah tangan kiri selepas...

Cengkaman Buah Zakar Bawa...

CENGKAMAN maut. Seorang lelaki di Vietnam meninggal dunia akibat kelemasan kerana tidak boleh...

Orang Awam Perlu Kelulusan...

PUTRAJAYA - Orang awam yang ingin menerbangkan dron dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat...

5 Wanita Thailand Ditahan Imigresen Kedah Dalam Op Ikrar

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Kedah menahan lima wanita warga Thailand dalam Op Ikrar yang dijalankan di sebuah premis refleksologi di Taman Pekan Baru, Sungai Petani, awal pagi tadi.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kedah Mohd Shahrir Khalil berkata dalam operasi yang dijalankan pada 12.05 tengah malam itu, pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap lima wanita warga Thailand dan tiga lelaki serta dua wanita tempatan yang berada di dalam premis berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, lima wanita warga Thailand berumur antara 34 hingga 50 tahun ditahan mengikut mengikut Peraturan 39(b) Peraturan Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar dan menyalahgunakan pas lawatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Shahrir berkata kesemua PATI yang ditahan ditempatkan di lokap imigresen negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Depoh Imigresen Belantik, Sik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori