Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tular Wanita Selamba Bawa...

SATU gambar menunjukkan seorang wanita membawa buaian dalam Transit Aliran Massa (MRT) mengejutkan...

TDM Meterai Perjanjian Belian...

KUALA TERENGGANU - Anak syarikat milik kerajaan negeri, TDM Berhad menandatangani Perjanjian Pembelian...

MRT Jajaran SSP Siap...

SERI KEMBANGAN - Projek Transit Aliran Massa (MRT) Jajaran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) mencatatkan...

RM89.2j Bayaran Balik Khas...

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM89.2 juta telah dibayar kepada 987 buah perniagaan yang...

6 Wanita Vietnam Ditahan Imigresen Kedah Dalam Op Ikrar

ALOR SETAR – Imigresen Kedah menahan enam wanita warga Vietnam dalam Op Ikrar yang dijalankan di sebuah premis pusat kecantikan di Jalan Lembah Impian 1, Kulim, semalam.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kedah Mohd Shahrir Khalil berkata dalam operasi yang dijalankan pada 10.15 malam itu, pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap enam wanita warga Vietnam dan lima lelaki tempatan yang berada di dalam premis berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, enam wanita warga Vietnam berumur antara 22 dan 35 tahun ditahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tinggal lebih masa selepas tamat tempoh pas lawatan sosial,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Shahrir berkata kesemua PATI yang ditahan ditempatkan di lokap Imigresen negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Depoh Imigresen Belantik, Sik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori