Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pelancong Wuhan Mangsa Ke-19...

PUTRAJAYA - Seorang pelancong dari Wuhan, China yang merupakan anak kepada kes ke-16...

Bilionair ‘Abang Serius’ Beli...

Beijing - Seorang bilionair China dikhabarkan sanggup membayar £5 juta (RM28 juta) untuk...

Dakwaan Ustaz Ismail Kamus...

PENGARAH Ikhtiar Syifa yang juga Exco Penerangan Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul...

Kit Siang Tak Percaya...

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan beliau tidak percaya Polis...

8 Maut Insiden Lelaki Bersenjata Amuk Di Munich

MUNICH – Lelaki bersenjata melepaskan tembakan di pusat beli belah yang sibuk di bandar ini pada awal pagi tadi menyebabkan sekurang-kurangnya lapan terbunuh, menurut media Jerman.

Ramai pengunjung dilaporkan terpaksa bertempiaran lari menyelamatkan diri dalam serangan ketiga terhadap orang awam di barat Eropah dalam tempoh lapan hari.

Pihak berkuasa meminta orang awam supaya menjauhkan diri dari jalan raya ketika bandar ketiga Jerman itu tersekat dengan kesesakan lalu lintas dan lebuh raya ditutup.

Jurucakap polis berkata, tiga lelaki bersenjata melarikan diri selepas kejadian itu. Darurat diisytiharkan di bandar raya itu ketika polis memburu penjenayah berkenaan dan pasukan khas dihantar ke situ.

“Kami beritahu orang ramai di Munich bahawa ada penembak yang melarikan diri dan mereka berbahaya. Kami menggesa orang ramai supaya duduk di rumah,” katanya.

Polis berkata, lapan disahkan mati dan jumlah yang cedera belum lagi dapat dipastikan.

Mayat kesembilan turut dijumpai kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian dan mereka sedang memeriksa sama ada ia adalah salah seorang penembak.


Akhbar TZ Munich berkata, salah seorang penyerang ditemui mati. Majalah Jerman, Focus pula berkata, seorang penyerang menembak dirinya di kepala.

Ketika babak cemas insiden itu, pengunjung yang berada di pusat beli belah Olympia bertempiaran lagi menyelamatkan diri dan sebahagian lagi menyorok.

“Banyak das tembakan dilepaskan, saya tidak pasti berapa tapi banyak,” kata seorang pekerja yang bersembunyi dalam bilik stor di pusat beli belah itu. – Reuters/BH ONLLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori