Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Saya Tidak Akan Tunduk...

TAWAU - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada...

Khairul Idham Raih Kemenangan...

KUALA LUMPUR - Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi sekali lagi mencipta sejarah...

Imam Rebah, Meninggal Dunia...

SEGAMAT - Imam 1 Masjid Jamek Kampung Sermi di sini, Mohd Razif Hussin,...

Kerajaan Sasar Capai 80%...

SERDANG — Malaysia menyasar untuk mencapai 80 peratus tahap sara diri beras menjelang...

AADK Harap Kerajaan Tidak Lulus Cadangan Risda

JITRA – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berharap kerajaan tidak meluluskan cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang ingin melaksanakan projek penanaman daun ketum secara berskala besar untuk dieksport ke luar negara.

Pemangku Ketua Pengarahnya Datuk Azizan Ariffin berkata cadangan itu dilihat boleh membantutkan usaha memastikan Malaysia bebas dadah menjelang tahun 2020.

Beliau berkata AADK sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan RISDA itu kerana ia mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada keuntungan yang bakal diperoleh kelak.

“Kos untuk pemulihan penagih sangat tinggi…sebagai contoh, setiap hari sejumlah RM33,200 diperlukan bagi menampung kos makanan bagi 4,000 penagih yang ada di pusat pemulihan seluruh negara.

“Kalau sebulan, sejumlah RM996,000 diperlukan dan kos itu dilihat akan meningkat dengan lebih mendadak sekiranya lebih ramai yang terlibat dalam penagihan ketum,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Pejabat AADK Daerah Kubang Pasu di sini, hari ini.

Azizan berkata kajian menyeluruh dan saintifik perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum mengkomersialkan penanaman daun ketum.

“Zaman dahulu daun pokok ketum digunakan secara tradisional bagi mengubati beberapa jenis penyakit, tetapi zaman sekarang ia telah disalahgunakan sehingga menyebabkan ketagihan kepada penggunanya,” katanya.

Dalam pada itu, Azizan juga meminta semua kerajaan negeri memperketatkan undang-undang bagi melarang penanaman pokok ketum secara meluas di negeri masing-masing.


Azizan berkata langkah itu mampu membendung dan mengawal penanaman pokok ketum yang dilihat mendatangkan banyak keburukan, jika tidak dicegah pada peringkat awal lagi.

“Negeri lain perlu mencontohi Perlis yang memperketatkan undang-undang bagi melarang penanaman pokok ketum secara meluas,” katanya.

Pada 28 Julai lepas, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata pemilik tanah yang baru mendapat geran akan ditarik balik hak milik itu sekiranya didapati terdapat tanaman pokok ketum di atas tanah tersebut.

Katanya tindakan berat juga perlu dikenakan terhadap pemilik tanah yang membiarkan pihak lain menanam pokok ketum di tanah mereka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori