Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bunyi Letupan Sebelum Pusat...

GEMPAR... Seorang saksi terdengar bunyi letupan sebelum berlaku kebakaran kecil di dewan mengundi...

Kes Najib: Hukuman Penjara...

Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta...

Video: Tanah Hutan Kanada...

HALIFAX – Fenomena aneh dilaporkan muncul di wilayah Nova Scotia, Kanada apabila seorang lelaki...

Sebutan Semula Kes Culik...

PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetapkan esok untuk sebutan...

Adik Obama Akan Undi Trump

ADIK tiri Presiden Barack Obama, Malik Obama berkata, dia akan mengundi calon Republikan, Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada November depan kerana sukakan calon itu dan tidak berpuas hati dengan kepimpinan abangnya.

Malik yang berusia 50-an memberitahu Reuters menerusi telefon dari rumah keluarga Obama di Kogelo, barat Kenya, dia menyokong dasar Trump, khususnya mengenai keselamatan.

“Saya tertarik dengannya dan berpendapat, dia ikhlas. Dia cakap dari hatinya,” kata Malik, warga Amerika Syarikat yang tinggal di Washington sejak 1985, tempat dia bekerja dengan beberapa syarikat sebelum menjadi perunding kewangan bebas.

Menurutnya, dia juga dapat memahami pendirian Trump mengenai kedatangan penganut Islam ke Amerika Syarikat.

“Sudah pasti saya Muslim dan percaya anda tidak boleh membunuh orang sesuka hati semata-mata atas nama Islam,” katanya.


Hubungan Malik dan Obama semakin renggang sejak kebelakangan ini. Kedua-duanya rapat sebelum Obama menjadi presiden. Malah, Malik menjadi pengiring abangnya ketika dia berkahwin dengan Michelle.

Dia mengkritik rekod Obama di Rumah Putih dengan berkata, Presiden Amerika Syarikat itu tidak melakukan secukupnya untuk rakyat negara itu dan keluarga jauhnya seperti yang diharapkan apabila dia dipilih menjadi presiden pada 2008. – Reuters/myMetro Oline

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori