Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

PRU14: Polis Kedah Terima...

ALOR SETAR - Polis Kedah menerima 91 laporan yang membabitkan dua tangkapan di...

Wanita Mengandung Bawa Pulang...

KELANTAN kembali mencatatkan kes Covid-19 dengan kes terbaharu dipercayai di Kuala Krai membabitkan...

Keperluan Rakyat Fokus Bajet...

KUALA LUMPUR - Keperluan rakyat menjadi fokus utama dalam Bajet 2017 Dewan Bandaraya...

Ibu Hamil Termasuk Bukan...

Putrajaya : Semua ibu hamil di Malaysia termasuk bukan warganegara akan diberikan vaksin...

Adira Akui Hubungi Ruhainies Minta Penjelasan

BELUM pun sampai setahun hubungan rumah tangga penyanyi Adira dan Datuk Seri Adnan Abu dibina. Pasangan ini telah diuji dengan pelbagai dugaan yang datang melanda.

Terbaharu, viral di media sosial penyebaran video suaminya mesra dengan seorang pendatang baharu iaitu Ruhainies di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota.

Adira Akui Hubungi Ruhainies Minta Penjelasan
Adira dan Datuk Seri Adnan Abu.

Pemilik nama Siti Adira Suhaimi, 25, enggan mengulas lanjut berkaitan video yang tersebar dan berharap semua pihak dapat menghormati rumah tangganya dan memberi ruang kepada dia dan keluarga.

“Benar saya sudah dimaklumkan mengenai video tersebut namun memilih untuk tidak memberi sebarang komen berhubung perihal itu.

“Saya berharap agar semua pihak memberi ruang dan memahami situasi saya. Hal rumahtangga terlalu peribadi untuk dikongsi bersama umum pada ketika ini,” katanya.

Adira Akui Hubungi Ruhainies Minta Penjelasan
Ruhainies

Tambah pelantun lagu Ilusi ini lagi, dia sendiri telah menghubungi Ruhainies untk mendapatkan penjelasan berhubung ‘khabar angin’ yang tersebar dan menyerahkan segalanya kepada Datuk Red, bagaimana cara dia hendak menamatkan isu ini.

Bagaimanapun, menurut Adira, dia redha dan terima apa sahaja keputusan yang keluar daripada mulut suaminya itu.


“Saya sudah menghubungi Ruhainies bagi mendapatkan penjelasan dan tidak timbul rasa marah terhadap beliau.

“Biarlah suami saya menyelesaikan kemelut ini sendiri bersama Ruhainies. Apa sekali pun yang terjadi, saya reda,” katanya.

Adira mendirikan rumah tangga bersama Adnan sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand yang berlangsung pada 3 Disember 2015. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: BHonline

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori