Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Laporan Media Mengenai GST...

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan kerajaan bersedia menambah...

Liga Premier: PDRM Kekal...

KUALA LUMPUR – Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan rentak kemenangan dalam saingan...

Gangguan Bekalan Air Hari...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 438,757 buah rumah di 75 kawasan di Petaling dan...

Ibu Penyamun Kedai Dobi...

ALOR SETAR – Polis menahan suspek utama kes samun seorang wanita di dobi...

Peniaga Wanita Rugi RM20K Ditipu Sindiket ‘Love Scam’

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan wanita di sini mendakwa ditipu sindiket ‘Love Scam’ yang didalangi warga Nigeria menyebabkan dia kerugian RM20,000.

Wanita berusia 42 tahun itu yang tinggal di Wangsa Melawati di sini sebelum itu telah berkenalan dengan seorang lelaki yang mendakwa sebagai warga Amerika Syarikat melalui laman media sosial.

Lelaki itu kemudian mengarahkannya memasukkan wang ke dalam satu akaun bank tempatan dengan alasan kononnya dia mengalami masalah menuntut harta mendiang ayahnya di negara ini.

Ketua Polis Wangsa Maju, Supritendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata wanita berkenaan yang mengenali lelaki itu sejak Mac tahun ini mula memasukkan wang RM20,000 ke dalam akaun berkenaan.

“Pengadu diberitahu bahawa beliau akan datang ke Malaysia kerana urusan menuntut harta mendiang ayahnya. Suspek juga memberitahu bahawa dia mengalami masalah kewangan dalam menuntut harta mendiang ayahnya dan wang dalam akaunnya hanya ada sebanyak RM20,000.


“Buat kali kedua pengadu diarahkan memasukkan wang sebanyak RM450,000 namun pengadu rasa tertipu dan membuat laporan polis pada 27 Julai,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, polis menahan tiga lelaki warga Nigeria dan merampas dua buah komputer dan empat buah telefon bimbit. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori